Saya sebentar tadi dilapangkan masa oleh Allah Taala untuk menziarahi Bob @ Abu Bakar, (ketua kampung Simpang Pulai yang kemalangan) dibilik ICU wad 3B Hospital Tuanku Permaisuri Bainun (Hospital Besar) Ipoh walaupun beberapa kali cuba untuk menziarahinya.
Kelihatannya Bob masih lemah tidak bertenaga tetapi tetap ceria menyambut kehadiran saya. Kata-katanya kepada saya agak sukar difahami kerana suaranya yang tidak kedengaran akibat saluran pernafasan yang ditebuk di lehernya. Tetapi daripada tutur kata bersama mimik mukanya, beberapa patah katanya dapat saya fahami.
Katanya, ini adalah ujian daripada Allah. Kena bersabar. Teringin sangat nak minum kopi o, air kelapa dan air tebu.
Saya ada bawakan buah limau mandarin buatnya. Jururawat tak beri makan tapi dia minta saya kupaskan dan dapatlah juga merasa 3 ulas limau tersebut. Air zam zam juga banyak diminumnya dengan tegahan daripada jururawat. (Maaf missi, orang dah teringin, nak buat macamana).
Beliau juga menadah tangan bersyukur apabila saya khabarkan bahawa Adun Bota dari Umno telah menyertai PKR siang tadi.
Sebelum beredar, saya katakan bahawa banyak blog-blog yang menulis tentang dirinya dan kesemua jemaah mendoakan kesihatannya. MB Perak juga ada menjenguknya semasa beliau tidak sedarkan diri.
Semoga kita teruskan doa buat Bob agar ahli jemaah yang dulunya aktif ini kembali sihat dan meneruskan kerja-kerja amalnya dan sentiasa istiqamah di dalam perjuangannya. Amin.
1 comment:
alamak...bahasa apa ni?
tak tau pulak camana nak menjawabnya.
apa-apa pun, terima kasih la sebab (tersesat) berkunjung ke blog saya.
MUCHO GRACIAS.
Post a Comment