Tuesday, January 27, 2009
Zahid ganti Tajol Pengerusi Umno Perak?
KUALA LUMPUR, 27 Jan: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi disebut-sebut bakal menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru selepas Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali melepaskan jawatannya.
Berita angin ini semakin kuat bertiup berikutan Tajol mendapat tekanan terakhir ekoran tindakan Datuk Nasarudin Hashim, Adun Bota melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Selepas bertemu Najib baru-baru ini, Tajol dikatakan akan melepaskan jawatannya untuk mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Perak," kata satu sumber kepada Siasah.
Ia juga berikutan dari tekanan dan kempen pihak-pihak tertentu agar Tajol melepaskan jawatannya selepas Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.
"Zahid semakin dipercayai oleh Umno Perak dengan tindakan beraninya mengarahkan pegawai kerajaan Pusat agar jangan menyertai sebarang mesyuarat anjuran kerajaan negeri Perak.
"Walaupun mendapat kecaman hebat dari pembangkang, Zahid sekurang-kurangnya dilihat berbuat sesuatu untuk menaikkan moral Umno di Perak ketika Tajol dilihat tidak berani berbuat apa-apa," kata sumber itu.
Bagi beliau, ramai pemimpin Umno membuat kenyataan yang bertentangan dengan pendapat umum sekarang asalkan ia mendapat sokongan Umno kerana mereka sekarang menghadapi pemilihan dalaman parti.
"Kenyataan Mukhris tentang sekolah satu aliran negetif kepada rakan-rakannya dalam BN tetapi ia tetap dibuat untuk mendapat undi di kalangan perwakilan Umno. Begitu juga dengan kenyataan Zahid ini," tambah beliau.
Tekanan terhadap Tajol semakin meningkat apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin mengumumkan tiga lagi Adun Umno akan menyertai Pakatan.
Namun perkara ini ditolak oleh timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ikut maklumat bermula 01 feb puak puak umno akan dapat pengerusi dari raja bohong ,tembak dan penipu ..sebagai ketua mereka yang baru...nasib badan lah kau umno....
itulah yang dia idamkan pun...
biar buat keje bodoh, asalkan nampak bekerja daripada hilang terus tak terkata apa
tukar le sapa pun...semuanya sama je
Tolonglah jangan bagi budak kecil saya ketawa.
Datuk Dr Haji pula nak jadi Pengerusi UMNO/BN Perak. Kelakar betullah. Jangan biar tikus memperbaiki labu. Jangan biar musang masuk reban ayam. Jangan biar pembohong jadi ketua. ROsak, rosak dan rosaklah parti yang kini sedang tenat tu.
Salam ziarah
Post a Comment