Amerika dan Israel masing-masing memerlukan sesama sendiri untuk mencapai apa yang dihajati saat ini.
Amerika yang baru-baru ini begitu teruk dilanda krisis ekonomi amat memerlukan sokongan dan pertolongan daripada Israel untuk bangun semula sebagai kuasa ekonomi dunia.
Manakala, Israel pula amat memerlukan sokongan daripada Amerika untuk memberi mereka laluan untuk menjalankan pelan penghapusan rakyat Palestin dan pengambil-alihan tanah di Gaza.
Atas dasar inilah Israel dengan sewenang-wenangnya menyerang dan mengebom penduduk Palestin di Gaza tanpa perlu bertanggungjawab dan takut kepada sesiapa pun kerana kuasa veto yang ada ditangan Amerika akan memberikan laluan mudah serta penuh restu untuk mereka meneruskan agenda pengambilan tanah Palestin di Gaza.
Bagi Amerika pula, mungkin ada suatu perjanjian dengan Israel untuk membantu memulihkan semula ekonomi negara yang hampir ranap itu.
Ini adalah pandangan dan amatan saya sendiri melalui kenaikan matawang Amerika (USD) semenjak tahun baru lagi. Kenaikan ini mungkin satu penanda yang Israel menyalurkan bantuan kewangan kepada Amerika untuk ia menjadi kuasa ekonomi dunia semula. Amerika hanya akan dipandang tinggi melalui ekonomi mereka yang kukuh.
Berikut adalah kadar kenaikan matawang USD (berbanding RM) semenjak tahun baru 2009 :
02/01/09 - 3.498
05/01/09 - 3.506
06/01/09 - 3.543
07/01/09 - 3.549
09/01/09 - 3.575
12/01/09 - 3.601
13/01/09 - 3.621
Siapapun jua yang dilantik sebagai Presiden Amerika (termasuklah Obama) tentu tidak mampu untuk menyekat kemaraan dan kezaliman Israel yang menjadi tulang belakang didalam pentadbiran politik dan ekonomi Amerika itu sendiri.
Amerika digelarkan sebagai 'Polis Dunia' sedangkan yang sebenar-benarnya Ketua Polis Dunia adalah Israel Laknatullah yang memerintah dunia ketika ini termasuklah negara-negara Islam.
No comments:
Post a Comment