Wednesday, January 21, 2009

Umno ambik barang taknak bayar

Umno berjaya ketepi perintah bayar RM218 juta
Umno berjaya dalam permohonannya bagi mengetepikan satu keputusan mahkamah yang dibuat tanpa kehadirannya yang diperoleh sebuah syarikat yang membekalkannya barangan pilihanraya bernilai lebih RM218 juta.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ahmad Faizadh Yahaya mengeluarkan perintah itu dengan kos setelah membenarkan permohonan Umno mengetepikan keputusan mahkamah terhadap parti itu pada 17 Julai lepas, mengarahkannya membayar RM218 juta bersama faedah dan kos kepada Elegant Advisory Sdn Bhd.

Syarikat itu memohon satu penghakiman tanpa kehadiran itu ekoran kegagalan Umno menjawab samannya, lapor Bernama.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Umno, memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengemukakan satu memorandum kehadiran bersyarat bagi membolehkannya memfailkan permohonan membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan syarikat itu.

Elegant Advisory mengemukakan saman sivil itu pada 23 Jun tahun lepas dengan menamakan bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Umno, sebagai defendan.

Mohd Hafarizam berkata timbalan pendaftar menerima alasan Abdul Azim dalam permohonan mengetepikan penghakiman tanpa kehadiran itu, bahawa writ saman dan pernyataan tuntutan berkenaan dibuat tanpa memenuhi Aturan 10 Kaedah 1 Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980 dan Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan.

Katanya dokumen-dokumen itu tidak diserahkan sendiri kepada defendan manakala Elegant Advisory telah menamakan pihak yang salah sebagai defendan kerana syarikat itu sepatutnya menamakan pegawai awam parti dan bukan bendahari Umno sebagai defendan.

Dalam writ samannya yang difailkan menerusi Tetuan Termizi & Co, syarikat itu menjelaskan bahawa ia membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihan raya ke-11 pada 2004 setelah diminta oleh Abdul Azim.

Elegant Advisory berkata oleh kerana Abdul Azim meminta bekalan yang banyak dan pernmohonan dibuat dalam jangka masa singkat, ini menyebabkan syarikat itu melantik pihak ketiga (syarikat-syarikat percetakan dan pembekal lain) untuk menyediakan barangan itu pada masa yang ditetapkan, dan Abdul Azim tahu mengenainya.

Syarikat itu mengemukakan invois sebanyak RM218,013,475 kepada Abdul Azim untuk pembayaran, dan pada 22 Mei 2004, satu surat dihantar kepadanya tetapi pembayaran masih tidak dibuat.

Elegant Advisory diwakili peguam Nazruddin Abdullah.

No comments:

Followers