Sunday, January 4, 2009

Pemain muda Perak tampil hebat

PEMAIN Kuala Muda Naza, Mohd Saiful Azrin (kanan) cuba menghalang kemaraan penyerang Perak, Razali Umar Kandasamy dalam saingan Liga Super di Stadium Perak malam tadi.

PEMAIN muda Perak melepasi ujian pertama apabila mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pembukaan Liga Super musim ini.

Skuad Seladang menumpaskan Kuala Muda Naza (KM Naza) 2-0 pada aksi di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Pemain skuad Piala Presiden Perak, Wan Hossen Wan Abd. Ghani dan Shahrizal Mohd. Saad muncul wira pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol kemenangan mereka pada minit ke-64 dan 93.

Perak yang dibarisi oleh pemain muda telah bekerja keras sepanjang perlawanan itu bagi menangkis asakan lawan mereka yang lebih berpengalaman itu.

KM Naza yang dibarisi Liew Kit Kong, B. Rajanikandh, Muhamad Anuar Jusoh, Mohd. Nor Ismail dan K. Rajan seolah- olah kehilangan punca bagi melancarkan serangan dengan taktik pantas yang diamalkan barisan muda Perak.

Pada babak kedua kedua, Perak semakin garang mengatur serangan dan hasilnya mereka berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-64 menerusi Wan Hossen.

Sharizal melengkapkan malam bergaya itu apabila tandukan- nya pada waktu kecederaan menerjah gawang lawan, sekali gus menghadiahkan tiga mata penuh buat Perak.

Satu-satunya pasukan tuan rumah yang mencatat kemenangan semalam adalah Perak yang menewaskan Kuala Muda NAZA 2-0 di Stadium Perak.

No comments:

Followers