Saturday, January 31, 2009

Apa khabar Ustaz Akil?


Baru-baru ini Ustaz Akil dan Waheeda dikatakan pergi menonton wayang bersama untuk tayangan tengah malam di 1 Utama, PJ.
Pelbagai kisah dipaparkan mengenai kejadian itu. Ustaz kantoi, ustaz tengok wayang bersama dan apa cerita ustaz?

Masalah yang timbul adalah kerana Ustaz Akil masih merahsiakan perkahwinannya dengan penyanyi Waheeda sehinggakan mengundang fitnah kerana mereka yang selalu bersama di dalam program Astro Oasis. Pergerakan mereka sentiasa diperhatikan dan andai Ustaz Akil mengakui telahpun bernikah dengan Waheeda, mungkin pandangan dan gossip nakal orang ramai akan lenyap.


Penglibatan Ustaz Akil di dalam bidang seni seakan menghakis masanya untuk berceramah seperti dahulu yang mana ceramahnya lebih memberi impak kepada perjuangan dakwah Islam berbanding penampilannya di stesen tv berbayar Astro yang penyiarannya tidak dapat diikuti oleh orang-orang kampung.


Kegiatan dakwahnya melalui ceramah-ceramah dimerata tempat di negara kita ini sangat dirindui oleh peminat-peminat dan pengikut-pengikutnya. Begitu juga kegiatannya di dalam Pas yang sudah lama ditinggalkan.

No comments:

Followers