Friday, January 2, 2009

Warga Perak berhimpun mengutuk kezaliman Zionis terhadap Palestin


IPOH (02/01/2009) : Warga Perak sekali lagi mengadakan perhimpunan aman bagi membantah keganasan dan kezaliman regim zionis Israel menyerang dan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Bertempat di Masjid Sultan Idris Shah II ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Negeri selesai solat Jumaat serta solat hajat, perhimpunan aman yang diterajui oleh Dewan Pemuda Pas Perak ini berjaya mengumpulkan hampir keseluruhan jemaah pada tengahari ini. Apatah lagi setelah jemaah mendengar khutbah tentang kezaliman zionis Israel daripada mimbar masjid yang benar-benar membakar semangat untuk mengutuk dan menyelar tindakan zionis laknatullah itu.


Ucapan yang berapi-api daripada pimpinan mendapat sorakan yang gemuruh daripada hadirin. Antara yang melaungkan kata-kata semangat serta slogan-slogan mengutuk kezaliman ini ialah Ketua Dewan pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa, Wakil NGO Jamaie, Sdr. Khalilul Rahman, seorang wakil daripada Aman Palestin dan wakil dari Dewan Muslimat PAS, Ustazah Sabariah.

Turut hadir sama bagi menyatakan sokongan terhadap perhimpunan hari ini adalah Menteri Besar Perak, DS Ir Mohammad Nizar dan Timbalan Exco Agama yang juga Adun Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ust Zulkarnain Ibrahim, pungutan derma kilat untuk membantu rakyat Palestin serta membakar bendera Israel sebagai tanda simbolik bantahan terhadap kekejaman rejim zionis itu.



Perhimpunan aman ini bersurai sekitar jam 2.35 petang.







SATU letupan kelihatan ketika peluru berpandu yang dilepaskan pesawat Israel mengenai sasaran di utara Semenanjung Gaza semalam. Lebih 400 penduduk Gaza terkorban dan 1,700 lagi cedera sejak Israel melancarkan serangan udara sejak Sabtu lalu. - Foto AP

3 comments:

penaqalam said...

salam,

semoga Israel mendapat pembalasan dari Allah,amin.
Sesungguhnya apa yang berlaku pada Palestin,hanya ALLAH yang tahu sebab musabab, hikmah berlaku semua ini dan ujian yang diturunkan kepada mereka. Moga2 ini membawa penyatuan umat Islam seluruh dunia khususnya, Malaysia amnya,amin.

p/s:saya minta maaf sbb ambik entri ni dan masukkan dalam perakini serta menambah gambar tanpa keizinan, dan juga saya mengambil artikel ini sekali lagi dan masukkan ke dalam blog idhamlim,sbb ada gambar dan berita YB.minta maaf ye sbb tidak meminta izin tapi saya masih letakkan saudara sebagai penulis artikel tersebut.

-PA YB

Ajijoi said...

palestin dijadikan contoh betapa dunia islam tidak bersatu dan lebih pro kepada barat.

entri di blog saya ini untuk semua. asalkan berniat baik untuk menyebarkan maklumat, saya tak kisah. semoga memberi kebaikan untuk umat.

Abu Amirul said...

assalamualaikum,
kalau dikaji sejarah islam, Israel laknat ini akan terus menerus sikap dan sifatnya, membunuh orang Islam, menzalimi orang Islam dan memerangi orang Islam hingga akhir dunia.
tinggal lagi umat Islam sendiri wajib bersatu seluruhnya memerangi mereka, menentang mereka dan seterusnya melenyapkan Israel dimata dunia dibumi Allah.
harap sudi ke blog saya yang tidak seberapa, www.askamakalikada.blogspot.com dan sudi link kannya dalam blog saudara.
wassalam.

Followers