Sunday, January 25, 2009

ADUN Bota dari Umno sertai PKR

Adun Bota, Nasarudin Hashim sedang memberikan sidang akhbar tentang penyertaannya ke PKR sambil diperhatikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Ia diumumkan pada sidang media di Ibu Pejabat PKR dekat sini sebentar tadi.

Beliau merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) menyertai sejak 8 Mac lalu.

Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya para penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.

Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.

Perak kini dietrajui Pakatan Rakyat dengan menguasai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Barisan Nasional (BN) pula 28 kerusi.

Berikut adalah teks kenyataan media Nasarudin :-

Assalamualaikum,
Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota.

Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.

Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.

Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

ADUN Bota sertai PKR, BN Perak bincang malam ini

Kes Adun Bota: Fitnah dan hasutan Umno menikam diri - Nik Aziz


Ajijoi ~ Tahniah YB Nasarudin kerana membuat pilihan yang tepat dengan niat kepentingan rakyat Bota perlu diutamakan.

Diharap kawan-kawan beliau yang lain dapat mengikuti jejak langkahnya berhijrah daripada tak berapa nak cerdik kepada cerdik dan celik.

Zahid Hamidi tak nak keluarkan apa-apa arahan terbaru ke? Mungkin selepas ini dia akan mengarahkan agar semua Adun Umno tidak berkunjung ke Bangunan Perak Darul Ridzuan kerana takut-takut ada yang 'melekat' di sana?

Sekali lagi Syabas YB Nasarudin daripada saya.

2 comments:

tok ggawo said...

assalamualaikum tuan !
zahid hamidi dok tengah fikir macam mana nak ubah status tempat lahir nya dari negeri perak ke israel, semua dokumen peribadinya akan di ubah, kah kah kah, tengok apa dah jadi kan kan kan.

Ajijoi said...

waalaikumsalam tuan.

zahid hamidi ni tak cerodik sebenornya. ake budak tadika kemas.
tak pase-pase esok tingge dia sorang je tekonting-konting dalam umno.
yang lain semuanya habih pakat masuk pas.
baru dia ada ake.

Followers