Tuesday, January 20, 2009

TNB rugi, caj tarif elektrik akan meningkat?

TNB rugi bersih RM944.1 juta

TENAGA Nasional Bhd (TNB) mencatat kerugian bersih RM944.1 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2009 berbanding keuntungan bersih RM1.52 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya, selepas mengambil kira kerugian tukaran asing sebanyak RM1.439 bilion.

Jika tidak disebabkan kerugian tukaran asing berikutan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan yen, syarikat utiliti tenaga itu sepatutnya mencatatkan keuntungan bersih RM495.6 juta bagi tempoh tiga bulan sehingga 30 November 2008 itu. Dalam suku kajian, pendapatan TNB meningkat kepada RM7.895 bilion daripada RM6.208 bilion pada suku sama sebelumnya.

Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie, berkata prestasi kewangan itu menunjukkan kesan daripada permintaan tenaga elektrik yang lebih rendah, manakala kos bahan api yang merangkumi sebahagian besar daripada kos operasi TNB semakin meningkat.

"Penurunan permintaan tenaga elektrik di Semenanjung kebanyakannya disumbangkan daripada kemerosotan sektor perindustrian berikutan kelembapan ekonomi global," katanya mengumumkan keputusan kewangan suku pertama TNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2008 di Kuala Lumpur, semalam.

Moggie berkata, kos operasi tinggi turut disumbangkan daripada peningkatan pembayaran kepada penjana tenaga bebas (IPP) dan kos bahan api gas serta arang batu yang meningkat sehingga 60.9 peratus dalam tempoh kajian.


Dalam tahun kewangan 2008, katanya, TNB membayar RM9.45 bilion kepada IPP dan dijangka meningkat kepada kira-kira RM12 bilion pada tahun kewangan 2009.

Menurut kenyataan dikeluarkan , TNB akan terus menghadapi tekanan mencatatkan keuntungan berikutan pembayaran lebih tinggi kepada IPP apabila Loji Jana Kuasa Jimah yang mampu mengeluarkan kuasa 700 MegaWatt (MW) beroperasi 1 Januari 2009 dengan baki 700 MW pada Julai 2009.


Ajijoi ~ Bagaimana sebuah syarikat yang memonopoli sepenuhnya perkhidmatan pembekalan elektrik ke seluruh negara boleh mengalami kerugian?

Tak tahu nak cakap macam mana lagi.

Yang pastinya, rakyat mungkin akan menjadi mangsa dengan kenaikan tarif elektrik untuk menampung kerugian yang dialami ini.

Jika membuat keuntungan, hanya 'orang-orang besar' di dalam syarikat sahaja yang merasa (sehinggakan mencadang untuk menaikkan gaji mereka 100%) manakala dikala kerugian, segala-galanya dibebankan ke kepala rakyat.

Hebatnya Malaysia, sebuah negara perniagaan. Sehingga segala-galanya diniagakan dan kami rakyat yang akan membayarnya.

No comments:

Followers