Tuesday, January 27, 2009

Nak pujuk le pulak...


Umno Perak pujuk ADUN Bota ubah fikiran

PETALING JAYA: Badan Perhubungan Umno Perak kini dalam usaha mengadakan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim bagi memujuk agar beliau kembali ke pangkuan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata, setakat hari ini pihaknya telah berjaya mengadakan rundingan dengan Nasarudin bagi mengetahui punca sebenar beliau memutuskan untuk meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

"Rundingan sudah bermula... bagi kami ini merupakan petanda positif kerana sekurang-kurangnya masih wujud komunikasi antara beliau dan Umno negeri, kita tak putus hubungan lagi," katanya kepada mStar Online.

Ramly berkata pihaknya telah menghantar beberapa wakil yang rapat dengan Nasarudin untuk mengadakan rundingan dengan beliau.

"Kita sudah hantar wakil yang baik dengan beliau, biar mereka bincang dengan cara yang santai kerana itu lebih baik untuk kedua-dua pihak tanpa ada rasa segan silu," katanya.

Ditanya apakah perkembangan hasil pertemuan tersebut, beliau berkata sehingga kini pihaknya berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan.

"Beliau (Nasarudin) sudi berbincang, maknanya laluan sudah terbuka.

"Namun kita akan terus beruasaha mengadakan perbincangan dengan beliau bagi mengetahui keadaan sebenar dan cuba selesaikan dengan baik," katanya.

Kelmarin, Nasarudin bertindak keluar daripada BN dan mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkuat kuasa serta-merta.




Ajijoi ~ Semalam Tajol Rosli kata tindakan Adun Bota tak jejas Umno Perak. Hari ni lain le pulak ceritanya. Sampai nak memujuk le pulak. Haru betoi la. Orang dah tak sior, tak nak, tak paham-paham ke? Nak mujuk amende lagi?

Semalam semuanya dah ke rumah Najib, mengadu hal diceraikan Adun Bota, tak tau la apa Najib kata. Kot-kot Najib jamu makan (suap) yang sedap-sedap la kot sampai semuanya ikrar taat setia.

Tak pe. Kita tengok berapa lama setianya mereka dengan umno. Entah-entah ikrar cuma tinggal ikrar je nanti.

No comments:

Followers