Sunday, January 25, 2009

Chikungunya membimbangkan

Nur Aqilah Nasuha diambil darah untuk ujian bagi mengenal pasti penyakit yang dialaminya.


Wabak Chikungunya kini amat membimbangkan dengan kes-kes terbaru dilaporkan berlipat ganda.

Minggu lepas, seorang rakan sepejabat disahkan menghidap chikungunya bersama anak perempuannya. Kebetulan rakan tersebut tinggal di Ampang yang tak jauh daripada kawasan rumah saya. Ampang, Rapat Setia, Pekan Razaki dan Sg Rokam dikatakan terdapat kes chikungunya yang dilaporkan. Ini amat membimbangkan saya kerana anak perempuan saya juga mengadu sakit-sakit badan selepas baik daripada demam.

Semalam saya bawa anak perempuan saya untuk rawatan di Hospital Pakar Ipoh dan doktor yang merawatnya mengesyorkan agar sampel darah anak saya diambil untuk ujian bagi mendapatkan kepastian tentang penyakitnya.

Setelah darah anak saya diuji, Alhamdulillah, bukan chikungunya akibat sakit-sakit badannya tetapi hanyalah sembelit yang mengganggu sistem pertahanan badannya.

Ini adalah masa untuk kita meningkatkan kebersihan dan penjagaan kesihatan sekeluarga agar penyakit ini dapat dibendung.

Andai ada dikalangan ahli keluarga anda yang mengalami demam dan sakit-sakit badan, segeralah mendapatkan rawatan dan jalanilah ujian darah untuk pengesahan penyakit.

Kesihatan adalan nikmat rezeki yang tidak terhingga nilainya. Jagailah ia 'semasa sihat sebelum sakit'.








No comments:

Followers