Monday, January 26, 2009

Siapa yang lebih kita percayai?



Diantara mereka berdua ini, cakap siapakah yang boleh kita percayai?

Disebelah kiri, Datuk Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri manakala disebelah kanan pula, Zaibo, seorang pelawak dan pelakon.
Kedua-duanya kelihatan sama tapi tak serupa.

Kata-kata dan tindak tanduk yang sebelah kiri kadang kala tak ubah seperti seorang pelawak dan pelakon. Dan yang disebelah kanan pula mencari makan dengan melawak dan berlakon. Sekali lagi...sama tapi tak serupa.


Umno mesti berubah demi rakyat: Syed Hamid

KOTA TINGGI: Umno mesti berubah sebelum rakyat mengeluarkan 'hukuman mati' terhadapnya, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, masanya sudah tiba untuk Umno berubah kerana imejnya kini terjejas teruk ekoran terdapat kes di mana ahlinya ditahan berhubung dakwaan rasuah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat beberapa ahli Umno yang didakwa mengamalkan politik wang semasa berkempen bagi pemilihan bahagian parti baru-baru ini.

“Perkara untuk melakukan perubahan dan pembersihan parti mesti dibincangkan di peringkat tertinggi parti yang melibatkan setiap orang, termasuk presiden dan ahli Majlis Tertinggi yang mesti mengambil tanggungjawab agar parti tidak dihukum oleh rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Rakan Muda Kota Tinggi di Felda Bukit Aping Barat, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata perubahan adalah perlu termasuk menjadikan parti lebih mesra kepada rakyat. Katanya kedudukan Umno sebagai tulang belakang kerajaan boleh terjejas sekiranya ahlinya terbabit dengan amalan rasuah.

“Rakyat mahukan parti yang boleh dipercayai, yang mempunyai integriti dan kredibiliti,” tegasnya. Syed Hamid berkata Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak perlu mewujudkan minat dan agenda baru kepada parti apabila beliau menjadi perdana menteri kelak. “Agenda baru itu tidak boleh menggambarkan Umno hanya untuk golongan elit yang sombong dan menjauhi rakyat,” katanya. - Bernama

No comments:

Followers