Saturday, March 14, 2009

Pecah Plak Demokrasi: unsur khianat atau nakal?


Sesuatu benda yang kita tidak suka, bisa menghantui pemikiran dan kehidupan seharian kita. Itulah yang terjadi semenjak sebuah plak peringatan untuk pokok demokrasi didirikan oleh Pakatan Rakyat. Ada pihak yang berasa kurang senang dan tergugat kedudukan mereka. Ini bukan tuduhan tetapi suatu kenyataan. Plak tersebut begitu mengganggu sekali selagi ianya tertegak disitu.

Plak itu bukan sahaja membawa lambang tertegaknya kerajaan Pakatan malah telah menjadi tumpuan dan kunjungan ramai orang termasuk pelancong (terbaru sekali kumpulan pelancong daripada Australia) yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pokok yang kini menjadi sebahagian daripada sejarah apabila Dun negeri Perak bersidang dibawahnya.

Perbuatan memecahkan plak itu bukan sahaja satu tindakan yang tidak bermoral malah merupakan satu usaha untuk meruntuhkan amalan demokrasi di Perak dan sebagai satu bukti betapa sifat sakit hati dan perasaan dengki telah menjalar jauh keakar hati kaum yang tidak senang dengan perpaduan pelbagai bangsa yang menjadi amalan Pakatan Rakyat.

Pada hari ini di Perak, ada juga sesetengah pihak yang akan menentang demokrasi walaupun ianya dalam bentuk plak mahupun pokok.

Siapa sebenarnya yang punya angkara? Adakah perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Yang dari mula membantah dan memperlekehkan tertegaknya plak demokrasi itu. Ataupun ianya perbuatan nakal anak-anak muda yang terbiasa melakukan vandalisme dan ianya hanyalah permaianan dan gurauan bagi mereka.

Ada juga telahan yang mengatakan ini bukanlah perbuatan orang kerana orang sifatnya tidaklah sampai sanggup memecahkan suatu yang terbina indah dan kukuh.

Mungkin perbuatan hantu (langsiur mungkin) yang menjadi penunggu pokok tersebut akibat terlalu ramai yang datang melawat serta bergambar dibawah pokok itu setiap hari. Kehidupan nyaman hantu-hantu ini telah tergugat angkara sidang dun diadakan dibawahnya tempohari.

Tambahan pula kejadian pecah plak itu berlaku betul-betul malam jumaat yang disaksikan bulan mengambang penuh. Malam jumat keliwon begini memang banyak hantu yang bergentayangan keluar. Dan malam itu, plak demokrasi tersebut menjadi mangsa kerana telah menyakitkan hati hantu-hantu penunggu pokok.

Bagi orang ramai yang marah kerana plak demokrasi telah dipecahkan, tentu akan dapat melihat dan membayangkan akan rupa hantu-hantu dan penunggunya yang membuat perkara tersebut.

Terpulang kepada tafsiran masing-masing. Jangan biarkan hidup anda diselubungi...misteriiiiiii


Pokok juga bisa membuatkan seseorang hilang kewarasan dan terganggu pemikiran normal akibat hati yang tidak tenteram dan penuh dengan titik hitam.

1 comment:

c.a.w.a.n said...

haha.

yelah 2...

lansuir.

ponti anak ker..

mne nk taw.;p

Followers