SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar melihat plak di bawah "Pokok Demokrasi" yang telah dipecahkan.
IPOH: Beberapa individu telah menceroboh dan merosakkan plak yang dijadikan tugu "Pokok Demokrasi", lokasi berlangsungnya mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar ADUN Pakatan Rakyat pada 3 Mac lalu.
ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming daripada DAP berkata, sebuah tabung akan dilancarkan bagi mengutip derma bagi membina plak baru yang lebih besar dan cantik bagi menggantikan plak yang rosak itu.
"Plak baru ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, Tamil, Cina dan Inggeris bagi memudahkan pelancong memahaminya," katanya.
Ahad lalu, Pakatan Rakyat meletakkan tugu dan menanam lima batang anak pokok hujan-hujan di tapak 'sidang tergempar' DUN tersebut.
Sambil merujuk pokok tempat sidang tergempar itu berteduh sebagai 'pokok demokrasi', mereka melabelkan setiap anak pokok dengan lima prinsip pemerintahan kerajaan sebelum ini iaitu wibawa, keadilan, amanah, ketelusan dan kebajikan.
No comments:
Post a Comment