Sunday, March 15, 2009

Apabila Melayu dan Raja-raja diperalatkan untuk merebut jawatan

Hak Raja, Melayu agenda calon Timbalan Presiden

PEMILIHAN jawatan Timbalan Presiden Umno bakal diadakan kurang dua minggu lagi. Persaingan sengit tiga penjuru ini turut mengundang spekulasi seperti soal kompromi. Apakah ini benar?
Ketua Biro Berita Harian Melaka, Amirullah Andi Nur dan wartawan Berita Minggu, Nurul Adlina Kamaludin serta Rohaniza Idris menemui tiga calon yang bertanding, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Tan Sri/Datuk Seri sudah menemui ramai perwakilan setakat ini. Apakah isu atau kebimbangan yang paling banyak disuarakan mereka.


Muhyiddin:
Dalam pertemuan yang dianjurkan, saya menjelaskan situasi dan keadaan politik negara khususnya Umno. Saya jelaskan dalam situasi yang mencabar ini yang mana Umno menghadapi keadaan sukar ini dan wujud kebimbangan Umno tidak mendapat sokongan seperti dulu, masyarakat Melayu dilihat berpecah dan masyarakat bukan Melayu pula sudah beralih sokongan kepada pembangkang.

Ini semua saya sudah jelaskan kepada perwakilan. Saya juga jelaskan pemilihan kali ini penting kerana perwakilan juga akan menentukan masa depan negara. Jadi maknanya, perwakilan jangan terpengaruh dengan faktor lain selain memikirkan masa depan negara, kepemimpinan yang membantu Datuk Seri Najib Razak menghadapi zaman yang mencabar, politik, ekonomi, sosial dan hubungan kaum. Itu saya sudah jelaskan. Nampaknya reaksi baik dan perwakilan faham situasi berkenaan. Akar umbi menyatakan mereka mahukan perubahan dan pembaharuan dalam Umno.

Ada juga perwakilan yang menyatakan kebimbangan dengan apa yang berlaku dan mereka menyambut baik proses peralihan kuasa. Perwakilan juga bangkitkan isu yang mereka bimbangkan kes seperti di Perak dan masalah serta isu sensitif menyentuh hak orang Melayu, agama Islam dan kuasa Raja-Raja yang dibangkitkan parti pembangkang atau pihak tertentu. Pada masa sama, perwakilan menanyakan tindakan bakal diambil dan persoalkan mengapa tindakan lambat dibuat.

Selanjutnya disini...beritahairan


Ajijoi ~ Amat malang sekali apabila raja-raja dan orang melayu membenarkan diri mereka diperguna dan diperalatkan oleh umno bagi merebut jawatan didalam parti mereka.

Raja-raja dan orang melayu hanya berharga dan berguna kepada umno apabila musim pemilihan. Selesai pemilihan, raja-raja dan orang melayu akan kembali ditentang dan diperlekehkan suara dan pendapat mereka.

Dan seperkara yang paling malang sekali apabila rakyat yang benar-benar bersama raja-raja telah dimusuhi atas bisikan penasihat yang tidak sihat (otak).

No comments:

Followers