Sunday, March 22, 2009

Akim datang lagi

Akim adalah sebuah parti yang hanya timbul apabila pilihanraya kecil diadakan. Dimusim pilihanraya sebegini, peluang untuk menjana pendapatan segera amat dinanti-nantikan oleh parti serpihan sebegini.

Penglibatan mereka didalam pilihanraya hanyalah untuk memecahkan undi melayu. Jumlah ahli seramai 10,000 sebagaimana yang didakwa juga amat meragukan apabila pada pilihanraya permatang pauh yang lepas hanya calon akim dan juga pengikutnya seramai satu van sahaja yang memasang poster calon. Itupun selepas seminggu penamaan calon dijalankan.

Parti serpihan yang ditaja pihak-pihak tertentu sebegini sepatutnya dilarang daripada menyertai mana-mana pilihanraya kerana hanya mengganggu perjalanan pilihanraya itu sendiri dan juga memecahbelahkan pilihan rakyat.

Akim letak calon di Bukit Gantang, Bukit Selambau

TANAH MERAH: Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) bakal meletakkan calon pada dua pilihan raya kecil, iaitu Parlimen Bukit Gantang, Perak, dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah.

Presidennya, Hanafi Mamat, berkata keputusan meletakkan calon itu dipersetujui sebulat suara oleh kepimpinan Akim yang mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu. Beliau berkata, kedua-dua calon itu adalah anak tempatan dan penduduk kawasan berkenaan.

"Akim yakin kedua-dua calon berkenaan mampu memberi persaingan sihat dalam suasana politik kini," katanya. Akim yang ditubuhkan pada 1995 mempunyai hampir 10,000 ahli di seluruh Malaysia. - Bernama

No comments:

Followers