IPOH (31.03.09): DS Nizar dianugerahkan gelaran datuk sebentar tadi.
Gelaran yang datangnya bukan daripada mana-mana sultan atau raja, malah anugerah tertinggi daripada Yang Maha Esa apabila anak sulung perempuan beliau, Fathihah selamat melahirkan cucu perempuan sulung seberat 3.1kg buat DS Nizar serta isteri DS Fatimah Taat jam 4.55 petang tadi, di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan, Ipoh, demikian lapor menantu DS Nizar, Hazimin melalui sms kepada saya.
Walaupun jangkaannya bersalin pada 7 April 2009, namun hari ini, anugerah ini sebagai tanda cahaya kemenangan akan tersinar buat DS Nizar di Bukit Gantang nanti. Semangat juang akan bertambah dengan kelahiran cucu pertama ini.
Tahniah dari saya sekeluarga buat DS Nizar serta keluarga.
2 comments:
salam ajijoi
Betul tekaan teman tapi tak sampai juge bulan April he he
Tahniah di ucapkan Kepada MB Nizar.
InsyaAllah akan di ucapkan juga tahniah atas kemenangan di Bkt Gantang.
Ameeen.
Post a Comment