Friday, March 20, 2009

Manikumar calon PKR di Bukit Selambau


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan muka baru S Manikumar sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April depan.

Beliau membuat pengumuman tersebut di Sungai Petani pagi ini.

Seorang muka baru dalam arena politik, Manikumar, 35, dianggap sebagai pilihan yang mengejutkan untuk mewakili Pakatan dalam pilihanraya kecil yang anggap sangat penting ini.

Beliau merupakan seorang ahli perniagaan lulusan Universiti Utara Malaysia dan penduduk asal Bukit Selambau.

Beliau adalah antara empat calon akhir yang telah disenarai pendekkan. Nama-nama lain ialah Dr.R.Krishnanmoorthy, Sri Thrn dan S.Masilamani.
Mereka adalah antara 17 calon yang telah ditemubual oleh PKR bahagian Merbok baru-baru ini termasuklah peguam hak asasi manusia, N. Surendran.

Manikumar akan berdepan dengan calon BN, Datuk S Ganesan dari MIC dan sejumlah calon bebas dalam pilihanraya kecil tersebut.Suruhanjaya pilihanraya menetapkan penamaan calon pada 29 Mac ini.

No comments:

Followers