Sunday, March 15, 2009

Najib awal-awal lagi dah berbohong di Bukit Gantang

BN perlu hentikan pendekatan pembangunan "mee segera" - Najib

TAIPING: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Barisan Nasional (BN) tidak lagi akan meneruskan pendekatan "politik pembangunan mee segera" apabila menghadapi pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri berkata projek pembangunan atau pembaharuan akan dirancang seperti biasa mengikut keperluan rakyat dan bukan lagi diluluskan apabila berlangsungnya pilihan raya.

"Politik pembangunan "mee segera" (ialah) bila pilihan raya kita nampak traktor masuk...di (pilihan raya kecil Parlimen) Bukit Gantang kita tidak akan buat (begitu) tetapi pembangunan akan tetap dibawa," kata Najib semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini.

Pada majlis itu, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN mengumumkan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Gantang Ismail Saffian sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang bulan depan.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom dari PAS pada 9 Februari lalu. Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April.

Selanjutnya disini...mstar.com


Ajijoi ~ Semasa najib berkata demikian, lori-lori dan traktor sedang rancak menurap jalan di Changkat Jering seperti lapor al-banjari.

Najiblah orangnya yang telah memporak-perandakan negeri dan rakyat Perak. Dan kini dia kembali lagi kesini dengan bohongan pertama untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Gelarannya kini bertambah satu lagi menjadi Najib Mee Segera selepas amat popular dengan gelaran Najib Altantuya dan Najib Mongolia.

No comments:

Followers