Tuesday, March 3, 2009

Himpunan aman PR diganggu


Kejadian yang amat memalukan terjadi hari ini apabila sekumpulan orang melayu yang mengaku sebagai Pekida telah bertindak kasar menahan rombongan adun Pakatan Rakyat daripada memasuki Bangunan SUK.

Malah mereka bebas melakukan sewenang-wenangnya terhadap orang ramai yang berada disitu dihadapan pandangan pihak polis dan FRU. Pihak keselamatan ini pula seolah-olah tidak nampak kejadian tersebut walaupun orang ramai bersungguh-sungguh memanggil mereka agar dapat menghalang dan menyuraikan kejadian yang tidak diingini itu. Apakah kumpulan ini telahpun mendapat kebenaran ataupun lesen untuk berbuat apa saja tanpa apa-apa tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka?

Lebih pelik lagi apabila mereka menjadi benteng dihadapan barisan FRU yang berkawal disitu.

Tidak berpuas hati dengan kegagalan mereka mengganggu dan menahan rombongan PR, mereka mencuba nasib sekali lagi dengan mengganggu himpunan aman yang diadakan pimpinan PR bagi menyatakan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Menteri Besar, Dato Seri Nizar Jamaluddin.

Batu, cawan dan bekas habuk rokok melayang dibaling mereka dari dalam sebuah kedai kopitiam kearah penyokong PR. Ini membuatkan orang ramai yang berada disitu menjadi marah dan pergaduhan hampir-hampir berlaku.

Tindakan pantas dan bijak unit keselamatan PR menghalang para penyokong daripada termakan provokasi puak-puak ini berjaya mengendurkan suasana.

Polis akan mengesan beberapa individu yang memaki hamun polis semasa sekumpulan wakil rakyat pembangkang dihalang dari memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh untuk menghadiri sidang tergempar yang dijadualkan hari ini.

Tetapi bagaimana pula dengan kumpulan yang melakukan provokasi dan mencetuskan ketegangan pada pagi tadi? Adakah mereka kebal daripada tindakan pihak polis?

Setiap tindakan yang akan diambil biarlah berpatutan dan tidak dilihat sebagai berpihak kepada mana-mana kumpulan.

Lebih mendalam lagi mengenai isu ini, sila ke anaksengat dan albanjari.










Batu yang dilontarkan kearah penyokong Pakatan Rakyat yang berhimpun.

2 comments:

Kekacang said...

PEKIDA tu memang ajaran sesat Melayu, Diorang tu Islam tak tahu apa pun. Banyak yang hidup bertuhankan duit je. Mana ada upah diorang sapu.
Ulama' kerajaan tak berani kata sesat sebab orang UMNO duduk dalam situ.
Sekiranya ada kekawan jadi ahli, nasihat kan keluar je.Bertaubat.

Mrkolumpo said...

hanya org yang berada di dalam akan tahu apa beza PEKIDA dan apa beza TS....diorg ni samseng kg dusun yg masuk berbaiah tapi bodoh bahlul...tak tahu asal usul perjuangan TS...nak sgt masuk PAKIDA tapi hangpa bodoh tak mau belajar..len kali pi jumpak dulu org lama2...pi ngaji dulu..ini masuk pasai nak ramai geng..Agama yang hak dok ataih tu dah kat pala lutut gamaknya

-ahli TS-

Followers