Friday, March 20, 2009

Politik kotor mula menyerang Bukit Gantang



Belum pun hari penamaan calon, kempen telah mula bergerak di Bukit Gantang.

Tetapi amat malang sekali apabila kempen kotor dan tidak bertamadun turut mewarnai pilihanraya kecil kali ini.

Gambar diatas adalah contoh bagaimana ada pihak yang cuba menimbulkan rasa benci rakyat terhadap Pakatan Rakyat dengan menyebarkan poster karikatur Sultan Perak dan juga Mufti Perak dengan cara yang amat hina sekali.

Sekali pandang seolah-olah pihak PR yang menyebarkan poster-poster tersebut kerana isu krisis yang melanda kerajaan negeri Perak.

Tetapi rakyat Perak hari ini telah matang dan boleh menilai sendiri siapakah empunya angkara yang menyebarkan poster-poster tersebut. Ternyata tahap pemikiran pihak yang tidak bertanggungjawab ini masih cetek dan ditakuk lama apabila cuba memecah belahkan rakyat dengan cara yang keji ini.

Diharapkan pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan rapi terhadap laporan polis mengenai poster-poster menghina sultan dan mufti ini agar pihak yang terlibat dapat didakwa kerana menghina sultan dan mufti.

1 comment:

Anonymous said...

Diharap Rakyat Perak khususnya di Bukit Gantang tidak terpengaruh dengan taktik kotor UMNO ni.

Puak-puak ni menghina Sultan tak pulak didakwa di mahkamah? Memang double standard...

abufaris

Followers