Monday, March 23, 2009

Sah! MB Nizar calon Pas Bukit Gantang



SIMPANG (23.03.09): Pengumuman calon Pas Bukit Gantang oleh Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang sekitar jam 10.50 malam tadi disambut gembira dengan laungan takbir memecah kesunyian malam oleh seluruh hadirin yang dianggarkan melebihi 10,000 orang membanjiri padang Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping.

Calon yang diumumkan adalah seorang pemimpin Perak yang amat dikenali dan berkarisma tinggi bukan sahaja dimata rakyat Perak malah seluruh dunia.

Beliau yang saya maksudkan adalah Dato Seri Nizar Jamaludin, Menteri Besar Perak yang merupakan calon pilihan pimpinan Pakatan Rakyat dan semua bangsa untuk kerusi P059 Bukit Gantang.

Walaupun majlis dicemari dengan ugutan pihak FRU agar memberhentikan ceramah, seluruh yang hadir tidak berganjak untuk mendengar ceramah oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang yang seterusnya mengumumkan MB Nizar sebagai calon yang dipilih untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang menentang calon dari umno/bn Ismail Sapian.

Amanat yang begitu besar yang diletakkan kebahu MB Nizar oleh pimpinan Pakatan Rakyat akan diterjemahkan kedalam pilihanraya kecil itu dengan sokongan dan dokongan oleh semua ahli dan penyokong Pas terutamanya serta seluruh jentera parti Pas, PKR dan DAP.

Sekalung tahniah daripada ajijoi.blogspot.com diatas pencalonan Dato Seri Nizar serta harapan agar kemenangan besar akan berjaya diperolehi dengan berkat doa kesemua penyokong Pakatan Rakyat.

Lagi laporan lanjut di mstar.com dan harakahdaily












1 comment:

Ahmad Putra said...

Allahu akbar, sama2 kita berdoa ye Allah beri kemenangan buat Sdr Nizar

Followers