Najib ketika ditanya mengenai isu moral dalam hal ini berkata: "Kita kena tengok daripada 'keadaan'.
"Kadang-kadang yang membawa masalah kepada kita bukan kita tetapi para penyokong-penyokong dan pembantu kita.
"Kadang-kadang pembantu kita terlalu ghairah...itulah yang menyebabkan kita disabitkan dengan bermacam tuduhan," katanya.
Najib juga ditanya mengapa hukuman yang diberikan kepada Mohd. Ali berlainan daripada yang dikenakan terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dahulu dan menjawab: "Itu Lembaga Displin (yang buat keputusan). Strukturnya mungkin ada sedikit berbeza."
Berhubung kemungkinan ada penyokong Mohd. Ali yang akan kecewa dan mengambil tindakan memprotes, Najib berkata, "saya fikir, bak kata pepatah... anda tidak boleh mendapatkan kek dan makan seperti yang anda mahu. Anda perlu buat keputusan."
"Kita mahu Umno dilihat sebagai sebuah parti yang bersih... kita sedar ada risiko bersama dengannya (dalam usaha memastikan Umno dilihat sebagai sebuah parti yang bersih).
"Tetapi risiko yang besar adalah jika Umno ditolak oleh rakyat.
"Kita tidak boleh biarkan itu berlaku, semua orang mesti berkorban demi kepentingan parti," katanya.
Ajijoi ~ Biasalah...pemimpin umno/bn tak pernah membuat kesalahan dan rasa bersalah. Segala kesalahan hanya perlu ditunjukkan ke muka penyokong dan ahli.
Apakah makna yang tersirat daripada kenyataan Najib itu? Maknanya.....pemimpin umno itu sentiasa betul dan penyokong/ahli-lah yang selama ini bodoh menyokong mereka.
No comments:
Post a Comment