Tuesday, March 3, 2009

Sidang Dun Perak diteruskan walaupun dibawah pokok



IPOH (3.3.09): Biarpun pelbagai usaha menyekat persidangan Dun negeri Perak daripada berlangsung, itu tidak mematahkan semangat Pakatan Rakyat untuk meneruskan kesinambungan perjuangan memartabatkan hak rakyat negeri Perak.

Dun Perak yang sepatutnya berlangsung didalam keadaan yang aman dan teratur di dalam Dewan Negeri yang terletak didalam Bangunan Perak Darul Ridzuan telah dilangsungkan dengan jayanya biarpun hanya di bawah pokok tempat letak kereta tidak jauh daripada Bangunan SUK.

Kesemua Adun dan Exco kerajaan sah Pakatan Rakyat telah hadir serta meluluskan 2 resolusi dengan disaksikan oleh orang ramai disitu.

Dewan meluluskan 2 usul yang dibawa oleh ADUN Titi Serong dan ADUN Teja.

Usul ADUN Titi Serong disokong oleh ADUN Canning. Usul ADUN Teja disokong oleh ADUN Hutan Melintang.

Sidang tersebut dihadiri oleh semua 28 ADUN PR termasuk YAB MB dan speaker sendiri. Ustaz Misbah yang dilantik sebagai SU Dewan mengendalikan sidang tergempar dengan baik.

Dato' Ngeh Khoo Ham mengusulkan usul ke-3 supaya dewan menerima keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan. Disokong oleh ADUN Sungkai. Usul diterima sebulat suara.

YAB Menteri Besar, ADUN Pasir Panjang usulkan dewan ditangguh. Disokong oleh ADUN Sungkai.

Sidang ditangguh jam 10.32 pagi tadi.

Ini adalah satu lagi peristiwa bersejarah apabila sebuah kerajaan yang sah telah dinafikan haknya untuk bersidang dan persidangan tetap diteruskan walaupun hanya dibawah pokok.

Lagi laporan di Malaysiakini.com















No comments:

Followers