Tuesday, March 17, 2009

Bila cencaluk hilang rasa masinnya

Ali Rustam dilarang tanding Timbalan Presiden Umno

Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno hujung bulan ini selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno.

Bagaimanapun, Mohd Ali tidak digantung keahliannya dalam Umno.

Dengan itu, pertandingan bagi jawatan tersebut kini menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah melanggar peraturan pemilihan parti, tetapi hanya diberi amaran.Manakala seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.

Perkara itu diumumkan oleh Lembaga Disiplin Umno dalam sidang akhbar khas yang sedang berlangsung di ibupejabat Umno di ibunegara petang ini.

Mohd Ali dan Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga.

Perkara 10.1 itu berbunyi: Bilamana seseorang ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi itu didapati bersalah mana-mana melanggar peruntukan Tataetika Ahli Umno, maka Lembaga Disiplin bolehlah menganggap, setelah berpuashati daripada keterangan-keterangan dan/atau bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya, bahawa prinsipal kepada ejen, pengurus kempen atau perayu undi itu turut sekali melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Tataetika Ahli ini dan/atau mempunyai pengetahuan mengenai perihal kesalahan-kesalahan tersebut dan boleh mengambil tindakan menghukum prinsipal tersebut seolah-olah dia yang melakukan kesalahan tersebut bersama-sama dengan ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi tersebut.

Baca selanjutnya disini.

Ajijoi ~ Umno masih mempertahankan hujah mereka bahawa politik wang tidak sama dengan rasuah. Ini kerana mereka merasakan bahawa politik wang (baca: rasuah) adalah hak mereka yang telah diamalkan secara turun menurun dan tiada kuasa yang boleh mengambil hak tersebut daripada mereka.

Tanpa politik wang, hilanglah keriangan dan keghairahan mereka berhimpun dan memilih pemimpin yang paling banyak melabur(menabur) untuk ahli.

Bagaimana pula Ali Rustam hanya dilarang daripada bertanding tetapi tidak digantung keahlian sebagaimana Isa Samad yang digantung keahliannya kerana didapati terlibat dengan politik wang.

Begitu juga jawatan Ketua Menteri Melaka yang disandang Ali Rustam selama ini, mengapa tidak gugur kerana nama baik jawatan tersebut telahpun tercemar dengan keputusan melarang Ali Rustam bertanding jawatan no. 2 Umno. Pentadbiran kerajaan negeri Melaka terdedah kepada keputusan dan perlaksanaan orang yang moralnya boleh dipersoal rakyat.

Adakah Ali Rustam sekadar menjadi kambing hitam didalam permainan 'cah keting' politik Umno daripada kem Abdulah mahupun kem Najib. Perlawanan kuasa siapa yang lebih kuat dan licik akan berkuasa telah menjadi amalan Umno sejak dahulu. Dan masing-masing berlumba untuk menumbangkan pemain-pemain handalan daripada kem lawan sebelum perhimpunan bermula.

No comments:

Followers