Saturday, March 21, 2009

Kakitangan kerajaan kini lebih terbuka


Semalam saya berjumpa seorang kenalan lama yang menjalankan perniagaan multimedia.

Banyak topik yang kami bualkan setelah lama tidak berjumpa. Daripada topik kehidupan berkeluarga, perniagaan, bolasepak sehinggalah topik yang paling hangat masa kini iaitu politik.

Kenalan saya ini dahulunya merupakan ahli dan penyokong kuat sebuah parti timbang. Mungkin masih bersama parti tersebut namun daripada bunyi sembangnya semalam bagaikan telah separti dengan saya.

Menurutnya, sepanjang menjalankan perniagaan multimedia dipejabat-pejabat kerajaan, ramailah kakitangan kerajaan yang bertukar-tukar pendapat serta meluahkan isi hati mereka tentang pergolakan politik tanahair kini terutamanya yang melibatkan negeri Perak sendiri.

Keterbukaan 'orang gomen' meluahkan rasa hati terhadap apa yang berlaku kini amat berbeza jika dibandingkan dengan dahulu. Jika dahulunya, mereka amat berhati-hati dan payah untuk diajak bersembang tentang politik kerana takut-takut diketahui pendirian dan sokongan mereka yang akan menyebabkan tindakan-tindakan tidak bertamadun akan dikenakan.

Namun kini, pengaruh blog-blog yang menyebar luas berita dan ulasan tepat serta terkini tanpa berselindung dan juga tiris tapisan telah menyedarkan serta membuka minda mereka untuk berfikir tanpa ada paksaan tentang buruk baiknya mahupun benar bohongnya sesuatu perkara dan isu.

Minda dan hati orang-orang gomen ini telah lama dijajah dan ditutup oleh kerajaan yang amat takut jika kebenaran dapat menyusup dan menyinar ke lubuk hati mereka. Pelbagai dakyah dan tohmahan yang diserapkan kepada mereka tentang buruknya situasi berkerajaan selain daripada parti timbang, telah terhakis dengan sendirinya apabila selama lebih 10 bulan bersama-sama dengan kerajaan rakyat yang lebih terbuka, telus, amanah dan adil.

Kenikmatan berada bersama-sama kerajaan rakyat telah diragut secara rakus dan tiba-tiba oleh parti timbang membuatkan rasa meluat dan menyampah bercambah.

Semangat ini telah memberanikan orang-orang gomen menjadi lebih terbuka dalam membicarakan soal politik kerana kuasa langit terbuka yang membolehkan mereka mendapatkan maklumat-maklumat tepat dan betul telah memberikan kesedaran akan kebathilan yang selama ini bersarang dikotak fikiran mereka.

Kuasa blog kini memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat sahih berdalil dan bergambar yang telah berjaya mematikan langkah sumbang media perdana yang mempelopori etika penyampaian berita propanda yang mengarah kepada perpecahan perpaduan dan perasaan tegang antara rakyat. Kini rakyat bukan lagi dilagakan sesama rakyat tetapi telah sampai kepada tahap yang mana rakyat kini telah dilagakan dengan raja. Dan hanya rakyat yang termakan hasutan media perdana inilah yang akan merugikan diri mereka sendiri berbanding dengan rakyat yang telah sedar dan beralih kepada media alternatif seperti blog untuk mendapatkan kesahihan sesuatu perkara.

Tahniah kepada para blogger yang telah berusaha untuk menyampaikan kebenaran dan menyedarkan rakyat. Tetapi kepada blogger yang memanjangkan polisi jahat media arus perdana, insaflah kerana setiap entri ataupun tulisan anda diblog sebenarnya mencerminkan keperibadian blogger tersebut.

3 comments:

tanpanama said...

Majoriti yg muda jer Joi...
yang kutei2 tu...kebanyakannya karat jugakkkkkkkkkkkk....jenuh gak aku berlakon bila berdepan dgn yg karat2 ni....

-KuliGomen-

Telok Bakong said...

Aku gomen juge...jabatan aku 80% pro PR...tinggai yg kutei2 jer terhutang budi dapat tanah selot...tu nyokong benor tu...haup deme nanti abis ler 20% tu..

EQUILIBRIUM said...

teman kalau bersembang dgn kawan2 gomen ke bukan gomen je teman belasah semacam je hehehehehe

kalau level pegawai tu memang ramai yg tak berani nak cakap terbuka. ye lah kadang2 hal kenaikan pangkat ni melibatkan tapisan keselamatan.

kalau dah kena tapis tu paham2 le. kadang2 kesian gak kat bos2 yg ada janggut rajin pakai songkok ni. kena pulak politik mereka tidak menghala ke amno hehehe

teman pun tak paham kenapa tapisan keselamatan ini selalu berat ke arah pahaman politik. tapi kalau pahaman mereka agak sama dgn amno semua ok.

Followers