IPOH, 15 Mac: Lima pokok serta plak khas untuk demokrasi yang ditanam di bawah pokok Sena, 100 meter dari Dewan Undangan Negeri Perak dimusnahkan sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Ipoh hari ini.
Menurut sumber, arahan pemusnahan itu dibuat oleh MB Perak dari BN sendiri, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.
Pekerja MBI bersama dengan lori dan traktor mula membersihkan kawasan itu jam 7.30 pagi Ahad. Mereka membuang plak dan lima pokok yang ditanam oleh pemimpin Pakatan Rakyat Perak baru-baru ini.
Lima pokok itu mereka namakan Telus, Amanah, Berkebajikan, Bersih dan Adil yang menjadi tunggak demokrasi. Ia ditanam pada 8 Mac lalu.
Turut dipasang adalah plak khas bagi menandakan pengisytiharan itu yang mengambil sempena sidang khas Dun Perak yang diadakan di bawah pokok itu 3 Mac lalu. - SIASAH
Ajijoi ~ MBI kini telah menjadi kuda tunggangan terbaru kerajaan haram bn di perak.
Banyak lagi kerja-kerja harian yang mendapat aduan daripada orang ramai tidak dilaksanakan oleh MBI sedangkan pokok-pokok dan plak tersebut yang ternyata tidak mengganggu sesiapa melainkan orang yang memberi arahan melampau tersebut.
Semalam MBI menampalkan notis untuk meruntuhkan plak tersebut pada pokok demokrasi. Oleh kerana pokok tersebut gagal untuk meruntuhkan plak tersebut didalam tempoh 24 jam yang diberikan, maka MBI telah bertindak walaupun hari Ahad adalah hari cuti bagi warga MBI. Cukup cekap MBI bekerja. Tetapi aduan orang ramai bagaimana pula? Perlukah orang ramai kini mengadu melalui Zambry bagi mempercepatkan sebarang tindakan? Hari Ahad pun masalah boleh diselesaikan.
Undian SMS 7 Edition malam tadi menunjukkan 96% membantah langkah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)yang telah mengeluarkan notis supaya pemilik plak peringatan yang dibina di kawasan di bawah "Pokok Demokrasi" dirobohkan dalam tempoh 24 jam.
Mungkin dia mahu pokok-pokok seperti itu ditanam dikawasan rumahnya yang dikawal 24 jam oleh polis di Taman Golf untuk polis terbabit berteduh semasa berkawal. Kesian juga pak polisi hanya berteduh daripada panas dan ribut petir di bawah pondok kanopy yang kecil.
Inilah akibatnya apabila pokok pun dijadikan musuh serta ditakuti, segala ketenangan hati dan perasaan jelas sudah tiada lagi bernaung didalam diri.
Gambar sekadar hiasan. Tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah mati. (gambar ihsan muslimeen united)
No comments:
Post a Comment