Di kesempatan yang lalu, saya membawa keluarga saya melawat kandang kambing ini bagi memberi pendedahan kepada anak-anak tentang binatang yang bernama kambing dengan lebih dekat lagi. Kegembiraan anak-anak terserlah apabila buat pertama kalinya berpeluang mempelajari serta mendekati kambing-kambing ini secara terus.
Susunya yang segar juga elok diminum untuk mencegah pelbagai jenis penyakit.
Kandang ini mempunyai hampir 100 ekor kambing dengan seekor kambing baka boer bernama jinggo. Kambing jenis boer dan kalahari ini berbeza dengan kambing biasa yang berbau hamis yang kuat. Mereka tidak berbau dan bersih jika dibandingkan dengan kambing biasa.
Hassan menjual kambing-kambing ini dengan mengikut saiznya.
Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kambing ataupun mendapatkan khidmat nasihat tentang penternakan kambing jenis boer, sila hubungi Hassan di talian 012-5010900.
No comments:
Post a Comment