Wednesday, August 25, 2010

Terima kasih buat semua: Ustaz Abu Bakar Hussain

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh muslimin dan muslimat yang telah banyak membantu saya serta keluarga ketika mana kami diberi ujian oleh Allah SWT .

Jutaan terima kasih kepada muslimin muslimat yang mendoakan kesihatan arwah isteri saya ketika beliau masih hidup dan mendoakan kesejahteraan buat arwah isteri saya ketika beliau sudah kembali kepada Allah SWT.

Sesusungguhnya kematian itu adalah satu perkara yang pasti akan dihadapi oleh setiap makhluk yang bernyawa, Cuma masa dan saatnya sahaja tidak diketahui oleh kita.

Saya ingin berpesan kepada diri saya dan seluruh muslimin muslimat sekalian ingatlah akan firman Allah SWT, “Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu.”(Al-Fajr:27-30) maka Jadikan saat kematian kita pada jalan Allah dalam keadaan kita suka menemui Allah dan Allah suka menemui kita. Dengannya kita beroleh satu kematian yang disifatkan sebagai kematian yang baik – husnul khatimah. Iaitu kematian yang terpuji bagi orang yang beriman.

Ikhlas Dari

Ustaz Abu Bakar Hussain

4 comments:

Anonymous said...

Duit upah korek kubur bila nak bayar

Anonymous said...

buat sidia yang tak bernama di atas

meh bg no akaun ngko..

aku tak kedekut nak buat amal jariah byr kat ko upah korek kubur.....aku sedekah.....

Anonymous said...

TAK PAYAH BAGI NO AKAUN GI JUMPA DENGAN JAWATANKUASA KUBUR DAN BAGI DUIT UPAH KOREK KUBUR JANGAN CAKAP SAJA

Anonymous said...

hai tak sangka jawatankuasa kubur pun nak berkira di bulan puasa ini...

tak nak buat amal ibadah ker....
org lain sibuk nak tambah pahala... dia pulak tak nak


n nak marah2 suh bayar....

org tak cukup hidayah macam ni laa rupe nye

ish tak paham aku!!!!

Followers