Thursday, August 12, 2010

Pekerja bank raya sakan tahun ini

Permulaan Ramadhan tahun ini diserikan lagi dengan berita gembira buat pekerja-pekerja bank.

Mereka bakal merayakan Hari Raya Aidilfitri yang paling meriah dan bergaya tahun ini apabila tunggakan gaji dan bonus yang telah dinanti-nantikan sejak 20 bulan yang lalu kini menjadi kenyataan.

Perjanjian kolektif diantara NUBE (Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Semenanjung Malaysia) dan MCBA (Persatuan Bank-Bank Malaysia) yang ditandatangani jam 4.30 petang semalam menyaksikan kenaikan gaji bulanan sebanyak 9% kepada semua pekerja-pekerja bukan eksekutif di bank Semenanjung Malaysia.

Buat pertama kalinya juga, COLA (Alaun Kos Saraan Hidup) akan diperkenalkan dengan bayaran sebanyak RM100 (luar bandar) dan RM150 (bandar: KL, JB dan Penang).

Umur persaraan juga dinaikkan daripada 55 tahun ke 57 tahun (bergantung kelulusan bank) dan cuti bersalin selama 90 hari serta wang tanggungan anak [Childcare] (anak 7 tahun kebawah) sebanyak Rm50 sebulan kepada pekerja lelaki.

Kesemua tunggakan gaji serta bonus akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri manakala tunggakan kewangan yang lainnya akan dibayar dalam 60 hari daripada semalam.

Kegiatan membeli-belah musim perayaan tahun ini dijangka bertambah sibuk dan sesak berbanding tahun-tahun sebelumnya memandangkan pekerja-pekerja bank akan menyerbu serta memenuhi setiap pasaraya diseluruh negara.

Kepada mereka yang menerima durian runtuh berupa tambahan rezeki daripada Allah Taala tahun ini diharap agar tidak boros dan berhemah dalam berbelanja. Segala hutang piutang perlu dijadikan agenda keutamaan sebelum membeli belah serta berbelanja sakan. {Peringatan ini juga ditujukan kepada diri penulis sendiri...}

40,000 pekerja bank dapat durian runtuh

2010/08/12

KUALA LUMPUR: Lebih 40,000 pekerja bank akan menerima durian runtuh antara RM3,700 dan RM12,000 sebagai bayaran tunggakan hasil rundingan perjanjian bersama (CA) di antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) dan Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA).

Setiausaha Agung NUBE, J Solomon, berkata sebahagian daripada tunggakan akan dibayar sebelum Aidilfitri dan bakinya dalam tempoh 60 hari bermula semalam, iaitu tarikh perjanjian ditandatangani.
Beliau menyifatkan CA yang berkuat kuasa dari 1 Januari tahun lalu hingga 31 Disember 2011 sebagai yang terbaik dalam sejarah NUBE kerana ia membuka ruang baru selain menawarkan faedah baru kepada pekerja.
Antara faedah itu ialah cuti bersalin 90 hari berkuat kuasa semalam, elaun sara hidup, peningkatan umur bersara daripada 55 kepada 57 tahun, dan faedah perubatan sehingga RM25,000 setahun dilanjutkan selama tiga tahun selepas bersara.

Faedah lain ialah kenaikan gaji secara menyeluruh sebanyak sembilan peratus, kenaikan gaji tahunan sebanyak 21 peratus dan elaun makan dinaikkan 20 peratus.

Solomon juga memuji persatuan kerana berjaya mencapai persetujuan dalam masa kurang setahun.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia mengalu-alukan CA baru sektor bank dan menggesa agar majikan sektor lain mengambil langkah serupa.

Kami khususnya menggesa sektor perkilangan dan perladangan agar menyediakan suasana bekerja yang lebih baik dan faedah bagi pekerja mereka, kata Naib Presidennya, A Balasubramaniam Said.
BERNAMA


Alhamdulillah. Rezeki Allah. Teman tahun ni nak beraya rumah orang-orang bank le. Mesti kuihnya yang lagi sedap sebab mahal. Sofanya lagi lembut sebab serba baru dan mahal. TVnya lagi jelas dan beso sebab 42 inci keatas.

Amende pun kita bukan beraya untuk itu semua. Kita beraya untuk meraikan kemenangan kita menentang dan mengekang hawa nafsu selama sebulan serta menjalin dan mengeratkan lagi silaturrahim sambil bermaaf-maafan sesama kita. Betoi dak?

No comments:

Followers