Gaza adalah penjara maut ciptaan Zionis sejak mereka melancarkan ketumbukan Haganah pada tahun 1948. Mereka memilih kedudukan di tengah peta Sham. Sham telah dipecahkan oleh penjajah British kepada Negara bangsa yang berlainan aliran dan fahaman iaitu Syiria ( sosialis baath), Jordan ( sunni, ahlu bait), Lubnan ( Sunni dan syiah), Palestin ( Sunnah dan Syiah) serta dilonggokkan pula masyarakat Yahudi yang bukan lagi tulen berketurunan Semitik iaitu yahudi Zionis hari ini.
Yahudi-yahudi ini menempatkan wilayah yang ingin mereka diami di sekitar pantai barat, menguasai Laut Galilie, serta memisahkan kesatuan umat Islam Palestin melalui pemisahan zon muslim di Tebing Barat dan Gaza.
Perangkap maut telah lama dibina sekeliling bumi Palestin dalam usaha yahudi dan dunia Eropah untuk mengekang kebangkitan Umat Islam di Timur Tengah. Dalam perjanjian Sax-Picot ( 1916) telah termaktub suatu persetiaan untuk membahagikan dunia Islam kepada negara-negara kecil serta memecahkan Sham. Perjanjian ini adalah antara Inggeris, Perancis dan Rusia serta didalangi oleh Yahudi.
Perjanjian Balfour pula (1917) berlaku apabila British melalui menteri luarnya James Balfour (berbangsa Yahudi) untuk bersama membantu Lord Rothschild (penguasa Bank yahudi England) agar membina negara penghadang (tembok) di mana umat Islam akan tersekat di sana daripada meneruskan invensi, penyebaran agama atau kekuatan ke arah benua Eropah. Negara ciptaan itulah dikenali sebagai Israel yang dibina dalam celahan rakyat Arab Kan’an Palestin.
Dunia barat cukup menggeruni kekuatan Islam jika mereka berada dibawah suatu payung yang kukuh. Mereka masih ngeri dengan kekalahan tentera Kristian di Andalus oleh tentera Tariq Bin Ziyad iaitu panglima dan hamba kepada Musa An Nusairi Gabenor Afrika Utara suatu ketika dahulu. Mereka hanya berasa lega apabila matinya Panglima Tertinggi Islam Abdul rahman Al Ghafiqi I tangan Raja Perancis Charles Martel di Buwatiah pada tahun 732M[1]. Kematian ini menandakan Islam tidak memasuki keseluruhan wilayah Perancis serta mengekalkan peta Perancis di dala pengaruh Kristian hingga kini. Jika tidak semestinya Eropah tidak seperti mana yang kita lihat hari ini.
Untuk menjayakan pembinaan negara haram Israel ini, barat telah berusaha sebaik mungkin untuk memecahkan kesatuan bangsa Arab Syam (suria) yang dahulunya pernah berada di bawah Empayar Turki Uthmaniyyah.
Pemecahan kesatuan inilah yang mengakibatkan Palestin hari ini berada dalam himpitan Israel dan negara-negara Arab Sham yang hanya menjadi penonton kekejaman malah membantu Israel menggunakan ruang udara, sempadan dan tanah untuk kem-kem ketenteraaan Israel.
Lois XI seorang raja Perancis pernah mencadangkan agar Kristian menguasai wilayah timur untuk memonopoli penguasaan dunia. Cadangan itu disokong oleh Perhimpunan Eropah di Berlin pada tahun 1878 di mana mereka bersetuju menghancurkan Daulah Utmaniyyah serta memecah belahkan negara-negara yang bernaung di bawahnya.
Mereka berjaya memecahkan bumi Sham kepada negera-negara lain seperti Jordan, Lubnan, Syiria dan Palestin. Malah Palestin pula dipecahkan lagi kepada wilayah Isreal Raya.
Di Mesir semangat perkauman Qibtiyyah mula dimainkan semula dalam usaha menimbulkan kejengkelan kebudayaan Islam. Mesir adalah wilayah Musta’rob yang telah diarabkan melalui agama Islam. Penjajah British di bawah arahan Lord Cromer telah menyemai semula ketakjuban rakyat Mesir terhadap ketamadunan Firaun. Mesir akhirnya menjadi anti kepada wakil gabenor Turki serta membantu British menghalau Pasya-pasya Turki dari Mesir. Kristian Mesir mulai bangkit atas nama Qibtiyyah. Bahasa Arab yang fasih telah ditukar kepada Lughah Misriyyah yang membawa semula budaya arab ‘ammi (bahasa pasar) agar membezakan Mesir daripada negara arab lain. Kemudiannya Sosialis mulai menguasai Mesir di tangan Gamal Abdul Nasir. Kini Mesir pula mengikut telunjuk Israel selepas 4 siri peperangan antara tahun 1948 hingga 1973. Terbaru, Mesir menghalang rakyat palestin melarikan diri melalui utara Mesir malah membenarkan Israel menggunakan ruang udara mereka.
British cuba menimbulkan semangat ahli Bait di Jordan serta menabalkan keturunan quraisy sebagai Raja Jordan. Hakikatnya Jordan telah berkiblatkan Amerika hingga kini. Dalam isu Palestin, Jordan bukanlah tempat mengadu bagi rakyat Palestin malah Jordan juga menghalang pelarian Palestin memasuki wilayah mereka.
British juga menggalakkan golongan Kristian Jordan untuk membeli tanah yang banyak di Jordan seeprti di Wadi Al Mujib, wadi Al zalil, Al kufurin, ra’su Al Naqab dan lain-lain agar mereka memiliki autoriti sekaligus menjadi faktor pendesak kepada Kerajaan Uthmaniyyah. Penubuhan tentera khas Kristian (walaupun mereka hanya berjumlah 7% di Jordan) telah termaktub di dalam perlembagaan Jordan.
Begitu juga Lubnan. Api perkauman dan semangat bagi penganut Kristian dibina agar menjadi faktor pendesak kepada Kerajaan Uthmaniyyah. Kerajaan Uthmaniyyah mengalami kemerosotan selepas Perang dunia Pertama dan kawasan Lubnan diserahkan kepada kuasa Perancis. Akibat tekanan diplomatik dan penduduk Lubnan, Perancis bersetuju memberi kemerdekaan kepada Republik Lubnan pada 1943.
Lubnan terlibat dalam Perang Arab-Israel 1948 tetapi tidak mengambil bahagian dalam Perang Enam Hari 1967 dan Perang Yom Kippur 1973. Namun Perang Saudara Lubnan tercetus pada 1975 akibat rusuhan antara golongan Kristian, pengikut Sunah, Syiah, Druze dan juga pihak Palestin. Perang saudara ini ditamatkan pada 1990 melalui Perjanjian Taif[2].
Antara syarat yang terkandung dalam Perjanjian Taif ialah pembahagian kuasa secara adil antara golongan-golongan yang terlibat. Oleh itu, Presiden Lubnan mesti merupakan seorang beragama Kristian Maronite, Perdana Menteri adalah sentiasa seorang pengikut Sunah, dan Speaker Parlimen adalah sentiasa seorang pengikut Syiah. Bolehkah kita gambarkan bagaimana negara umat Islam boleh menerima Presiden yang bukan beragama Islam serta mengharapkan bantuannya pula dalam krisis di Palestin sebagai contoh? Tentu tidak sama sekali. Malah pertentangan antara kerajaan Pusat Lubnan dengan Hizbullah masih berlaku kini. Bantuan teerhadap hamas hanya dilakukan oleh Hizbullah sebuah parti pembangkang di Lubnan dan bukannya daripada induk Lubnan yang merupakan salah satu komponen wilayah Sham. Lihat bagaimana British telah lama merancang untuk memecah belahkan kesatuan Islam di bumi Sham ini.
Dahulu terdapat banyak kem-kem mujahidin di sempadan Lubnan dan Jordan tetapi telah ditutup oleh kerajaan masing-masing. Perang saudara dalam negara Lubnan yang mengakibatkan 150 000 kematian (mengakibatkan perjanjian Taif berlaku sekaligus melantik bukan Islam sebagai Presiden) serta krisis di Jordan adalah antara buah tangan Amerika untuk menghanyutkan umat Islam dalam krisis dalaman.
Syria pula masih sosialis dan hanya membantu Hamas atas dasar teknologi yang sama iaitu teknologi Rusia. Syria dengan idelogi Baath sosialis arabnya akan terus membantu Palestin atas dasar wilayah dan dendam terhadap Israel dalam kes Bukit Golan. Bantuan sebegini tiada akhirnya malah ia merupakan suatu perancangan Amerika semata-mata.
Telah lama Istilah timur tengah juga digunakan secara berleluasa sehingga menenggelamkan kalimah dunia Islam atau dunia Arab. Kalimah Islam ata arab yang menyatukan semua keturunan dan beragama Islam telah dipadamkan secara perlahan-lahan. Inilah agenda salibiyyah yang berjaya dilakukan oleh Zionis dan sekutu mereka di kelangan negara eropah.
Perangkap musuh dalam selimut yang dibina sekeliling wilayah Palestin adalah bertepatan dengan kata-kata Goldman dalam Perhimpunan Intelektual yahudi.
“ Jika kita mahu negara Israel tetap kekal dan berterusan di Timr Tengah, kita perlu mencerai beraikan kaum minoriti yang tinggal di sekitar negara Israel kepada beberapa golongan kecil yang saling curiga mencurigai. Negara Israel pula perlu memainkan peranannya dalam membentuk kaum minoriti tersebut. Ini boleh dijalankan dengan memberi galakan yang berterusan ke arah kewujudan wilayah Syiah Alawiyyah di Syria, Maruniyah di Lubnan, Kristianisasi di Jordan, semangat Kurdis di Iraq serta perkauman qibtiyyah di Mesir[3]”.
Kita yakin bahawa kesatuan di bumi Sham pasti akan muncul semula berdasarkan Hadis Rasulullah riwayat Muhammad Bin kathir, dari Quzaie, dari Qatadah dan dari Anas Bin Malik,
“ masih ada satu golongan dari umatku yang berjuang menuntut kebenaran, kemunculan mereka berterusan hingga hari kiamat’ sambil tangan Baginda menunjuk ke arah negeri Sham. ( Riwayat Imam Ahmad)
Tetapi ramai yang tidak sedar betapa penjara Gaza adalah penjara 60 tahun lamanya. Sekatan ekonomi terhadap Palestin, sekatan bantuan makanan dan perubatan PBB telah lama dinafikan oleh pihak Yahudi sehingga menyebabkan Mesir turut sama menyekat saluran bantuan dunia kepada rakyat Gaza dan Tebing Barat. Sekatan ekonomi juga menyebabkan ubat mudah seperti panadol juga turut menjadi barang catuan dan rebutan di kalangan rakyat.
Dengan campurtangan Mesir, Israel dan Gaza telah mempersetujui sebuah genjatan senjata 6 bulan yang agak rapuh dari 19 Jun 2008 ke 19 Disember 2008, dengan syarat bekalan asasi dibenarkan masuk ke Gaza serta sempadan-sempadan Gaza ke dunia luar dibuka seperti biasa. Namun, ternyata Israel dan Mesir hanya berpegang kepada perjanjian tersebut secara minima. Bahkan, sebulan sebelum tamatnya perjanjian genjatan senjata antara Gaza & Zionis, pihak Zionis telah menzahirkan secara terang-terangan bahawa ia tidak pernah menghormati genjatan senjata ini dengan melakukan beberapa serangan maut di Gaza disamping mengetatkan lagi sekatan ekonomi dan kawalan sempadan. Sepanjang genjatan senjata, Israel telah membunuh 40 nyawa rakyat Gaza, manakala seorangsahaja rakyat Israel yang terbunuh akibat roket Hamas . Malangnya, tindakan ganas Israel ini mendapat sokongan AS serta konco-konconya dengan alasan Israel berhak mempertahankan dirinya. (http://ismaweb.net/v2/Article790.html)
Sekatan ekonomi di Gaza oleh Israel dan AS terus berlanjutan sehingga mencapai tahap kritikal dari sudut hak dan keperluan asasi manusia. Makanan, ubatan, tenaga elektrik, saliran semuanya mengalami kegawatan ke tahap kronik. Tujuannya, untuk menghukum rakyat Gaza yang memilih HAMAS sebagai kerajaan dan menjadikan rakyat marah kepada HAMAS yang cuba digambarkan membawa petaka kepada rakyat.
Lihat kesan kesihatan yang diakibatkan sekatan ekonomi maut oleh US dan Israel terhadap Palestin melalui laporan Pekerja Kesihatan Palestin;
We express our deep worries regarding the continuous separation and restriction of movement, within the Palestinian areas (WB and Gaza).
We firmly warn of the rapidly deteriorating economic situation in Palestine, due to withholding of funds and boycotting of US and EU countries to the Palestinian government and cut off their humanitarian aid. We consider this behavior as an unjust collective punishment to Palestinian people due to their own and democratic choice of their new government.
As a result, the economic, social and health conditions in the OPT are deteriorating to an unprecedented and alarming levels and warning of a dangerous health and humanitarian catastrophe with negative impact upon different health services and programmes including; hospital services, vaccination, epidemics control, mental health and nutrition.
(Copyright 2006 People's Health movement )
Pemisahan pentadbiran Palestin kepada tebing Barat dan Gaza menyebabkan kekuatan Hamas dari segi logistik, ketenteraan dan keselamatan, ekonomi dan industri serta pendidikan menjadi sukar. Inilah penjara lama yang dibina oleh Israel yang menyebabkan sebarang tindakan bernama ‘gencatan senjata’ gagal dan tidak akan berjaya.
Seorang rakyat Amerika di Palestin berasal dari Virginia, Hajji berkata, beliau pelik dengan tindakan Israel yang terus menerus membunuh rakyat biasa dan bukannya pemimpin Hamas.
Program Makanan Dunia PBB berkata kemerosotan nilai hidup berlaku di Gaza dari segi kekurangan bekalan makanan, gas masakan, bahan api dan lain-lain.
(http://www.islamnewsroom.com/component/option,com_frontpage/Itemid,1/)
Penjara sosial akibat pemisahan Gaza dan Tebing barat dari segi Ekonomi, Kemasyarakatan dan Status Kesihatan Keluarga adalah seperti berikut;
Kajian mendapati nisbah 36.9% daripada wanita mendakwa suami mereka kehilangan pekerjaan menyebabkan mereka telah kehilangan sumber kewangan utama untuk keluarga hasil daripada kepungan tersebut.
Kajian juga mendapati 45.8% daripada wanita mendakwa terpaksa menjual barang-barang milik mereka bagi mendapatkan wang.
Nisbah 96.5% daripada wanita setuju bahawa harga barang di pasaran telah meningkat, dan 96.7% bersetuju bahawa kesan daripada kepungan ini menyebabkan barangan keperluan asas sukar didapati.
Nisbah 58.7% wanita mendakwa kepungan yang berlaku menyebabkan ramai dari kalangan ahli keluarga yang sukar untuk mendapatkan rawatan diluar apabila ditimpa sakit. Dan 57.7% daripada mereka mendakwa tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan ubat-ubatan bagi merawat penyakit.
(Pertubuhan Masyarakat Wanita Palestin)
Jelas, perangkap maut yang di bina oleh pihak Barat sejak berabad lamanya kini kian terasa ancamannya. Malang jika umat islam masih tidak memahami konspirasi besar musuh Islam terhadap umat islam di bumi Anbiya’ tersebut.
Muhammad Nuruddin Bashah
Bc Hons (Eng) UM
No comments:
Post a Comment