Friday, August 6, 2010

Kak Midah tak ikut prosedur


Tak habis-habis YB Hamidah menimbulkan kontroversi terutamanya yang melibatkan pengundi-pengundi di dalam Dun Sg. Rapat sendiri.

Kalau nak cerita tentang buat kerja tak ikut protokol ataupun prosedur yang biasa, memang Kak Midah ini handal memutar-belitkan semua tatacara yang sepatutnya.

Nak hulurkan bantuan pun sekarang ni rakyat dah tak mahu, meluat. Sebab cara yang diguna Kak Midah ini menjengkelkan orang ramai. Semuanya mesti melalui kroni-kroni dan proksi dia dalam Umno. Itulah cara Kak Midah bagi makan pada 'jin-jin' belaannya kot.

Ikuti kisah ini daripada Anak Sengat:-

Aku mendapat satu email dari seseorang yang mengadu tentang perangai YB Hamidah Osman yang juga exco Haram kerajaan Kudeta Perak. Menurutnya taman tempat beliau tinggal kalut apabila mendapat dua surat yang berbeza. Tengok sendiri la...

Surat pertama adalah surat edaran dari Ketua Kampung yang di arahkan "mebedakkan" (membahagi) harta mak bapak Hamidah kepada penduduk taman atas nama ehsan untuk membantu membaiki bumbung rumah di taman tersebut. Ia mungkin satu usaha yang baik atas nama keperihatinan dan tanggung jawab sebagai ADUN kawasan tersebut.. persoalannya apa pulak surat di bawah ni?????

Surat ini pula adalah penafian dari Jawatankuasa Taman berkaitan perkara tersebut. Persoalannya ialah kebenaran perkara tersebut dan prosuder yang dilakukan. Jika benar sumbangan tersebut ingin dilakukan, mengapa tidak melalui prosuder yang sedia ada dengan menghubungi Jawatankuasa taman yang dilantik penduduk?

Apakah memang cara kerajaan rampasan bertindak tanpa prisuder? Apakah dengan rampasan yang dilakukan terhadap kerajaan Perak, maka semua cara mestilah melalui cara haram??? Jika begini cara yang dilakukan oleh Hamidah, maka apakah konsep dan seruan perpaduan yang dilaungkan oleh umNO selama ini?

Tindakan ini satu yang boleh memcahbelahkan masyarakat setempat yang telah melantik pemimpin mereka sendiri. Apakah memang kerajaan Haram tidak tahu menghormati hak orang? Ini lah yang menjadi persoalan utama...

Menurut pengirim email juga, ia buka kali pertama malah penduduk telah sangsi dengan janji Hamidah. Menurut satu sumber lain, satu Taman baru dalam DUN Sungai Rapat juga dihebohkan kononnya peruntukan sebanyak RM200 ribu telah diluluskan oleh pihak Hamidah bagi membangunkan surau di taman tersebut.

Cerita ini tersebar di kalangan penduduk sehingga Jawatankuasa pembinaan surau terpaksa membuat penafian kepada penduduk. Mereka menyebarkan berita bahawa Jawatankuasa surau tidak melaksanakan tugas. Setelah diselidiki, maka apa yang sebenarnya ialah pihak yang mendakwa bertemu Midah telah diminta agar menubuhkan Jawatankuasa umNO jika ingin peruntukan ..

Sumber lain pula menceritakan sikap Midah ini apabila sebuah sekolah rendah meminta sumbangan beliau bagi membangunkan pondok bas. Apa yang berlaku , beliau telah menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri dan meminta mereka agar melaksanakan projek tersebut. Tindakan ini menyebabkan pihak sekolah dimarahi oleh JPN Negeri.

Cerita cerita lain berkaitan janji midah ni banyak ditulis dalam blog sendiri mau ingat..

Kisah yang dipaparkan sebenarnya sebahagian dari kisah perangai hodoh midah ni... ada juga penyokong beliau mendakwa berita seumpama ini adalah fitnah kepada Midah kerana Midah sangat dibenci oleh umNO . Menurutnya Midah terpaksa mencari kawasan lain selepas ini kerana jika terus bertahan di Sungai Rapat, midah pasti kalah.

Apa yang pasti umNO sedang bergolak. masing masing membina jaringan pengaruh.... ia petanda umnO akan kecundang....

No comments:

Followers