Friday, August 20, 2010

Tahniah! Dato Seri Nizar dapat cucu lagi

Tahniah diucapkan kepada Dato Seri Nizar Jamaluddin yang dianugerahkan cucu kedua hari ini.

Anak sulung kepada Dato Seri Nizar, Ustazah Faatihah telah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.85kg jam 3.12 petang tadi di Pusat Perubatan Ar Ridzuan, Ipoh.

Dato Seri Nizar kini mempunyai sepasang cucu lelaki dan perempuan, yang sulung bernama Nuur Insyiraah yang kini berumur setahun empat bulan.

Kita nantikan nama cucu lelaki Dato Seri Nizar ini.

Sambutan Ramadhan dan juga Aidilfitri tahun ini sudah pastinya bertambah meriah buat Dato Seri Nizar dan juga Datin Seri Fatimah dengan kehadiran orang baru didalam keluarga mereka.




Datin Seri Fatimah Taat bersama cucu keduanya

Sumber Foto: Facebook/Sahabat Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin's Photos


Tahniah kepada pasangan Hazimin dan Faatihah dengan kelahiran anak kedua ini.

Semoga bertambah keriangan dan rezeki anda berdua.


No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...