Wednesday, August 18, 2010

Jenazah isteri Pesuruhjaya PAS Perak selamat dikebumikan

Malam tadi juga selepas Solat Isya' di Masjid Raja Nazrin Kg. Rapat Jaya Tambahan lebih kurang 1000 umat Islam memberi penghormatan terakhir ke atas Allahyarhamah Siti Rafeah bt. Hj Ramli 56 tahun isteri Ust. Abu Bakar Husein, PJ Perak. Solat Jenazah diadakan sejurus selepas sahaja selesai Solat Isya' dengan dimami sendiri oleh Ustaz Abu Bakar Husein.

Jenazah Siti Rafeah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Rapat Jaya Tambahan dengan Ustaz Abu Bakar Husein sebagai suaminya sendiri membacakan talqin dan memimpin bacaan tahlil. Orang ramai sebak dan kagum dengan ketabahan serta kesabaran Ust Abu Bakar Husein walaupun kesedihan tetapi masih mampu mentalqinkan isterinya dengan lancar dan jelas dan ada ketikanya sebak.

Pimpinan PAS negeri Perak, Ulama, Pemuda & Muslimat kelihatan ramai yang hadir memberi penghormatan dan takziah. Tidak ketinggalan juga pimpinan PKR dan DAP Negeri dan seluruh Adun-adun serta Ahli-ahli Parlimen PR ramai memberi penghormatan dengan berada di beranda masjid di ketika umat Islam mengerjakan solat Jenazah. Antara yang kelihatan YB Lee Boon Chye Ahli Parlimen Gopeng, YB Chan Lee Kang, Adun Simpang Pulai, YB Sum, Adun Bercham dan yang lain-lain. Turut kelihatan di perkuburan memberi penghormatan ialah pimpinan dan ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak.

Sebelum itu, seluruh lapisan masyarakat di sekitar Ipoh khususnya dan Perak sejak awal petang lagi berduyun-duyun menziarahi Allahyarhamah di Kediaman Ust Abu Bakar Husein yang tidak jauh dari Masjid Raja Nazrin. YB Dato' Ngeh, YB Nga, YB Sivakumar dan beberapa yang lain antara yang kelihatan di kediaman Ustaz Abu Bakar Husein.

Urusan pengkebumian jenazah selesai kira-kira jam 10.30 malam. Namun orang ramai yang tidak sempat menunaikan solat Jenazah dan menyaksikan pengkebumian tetap terus berkunjung ke rumah Ustaz Abu Bakar Husein untuk mengucapkan takziah.


Gambar-gambar sekitar pengebumian tersebut, ehsan facebook/pasgopeng:-

Jenazah sampai ke Masjid Raja Nazrin Shah, Kg Rapat Jaya Tambahan

Ahli jemaah mengusung jenazah kedalam masjid

Ramai jemaah yang telah sedia menunggu untuk solat jenazah

Muslimin memenuhi ruang dalam masjid manakala muslimat
berada ditingkat atas masjid

Solat Jenazah diimamkan oleh Tuan Guru Haji Abu Bakar sendiri

Mendoakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama
para anbiya dan solihin

Sahabat dan ahli jemaah mengucapkan takziah kepada Tuan Guru

Ucapan takziah berterusan daripada yang hadir

Anak lelaki Allahyarhamah juga menerima ucapan takziah

Dato Seri Nizar turut berada dimasjid

Haji Abd Rahim sedang menerangkan sesuatu kepada Adun
Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai (bersongkok)

Bacaan talkin yang dilakukan sendiri oleh Tuan Guru Haji Abu Bakar


Anak-anak merenjiskan air dipusara ibu mereka

Tuan Guru Haji Abu Bakar menaburkan hirisan daun pandan
ke pusara isterinya

Ketabahan Tuan Guru Haji Abu Bakar dalam menyempurnakan jenazah isteri beliau begitu dikagumi semua.

Semoga menjadi contoh buat kita. Al-Fatihah

1 comment:

Apiq Putra said...

Al fatiha.
kehilangan ustazah siti dirasai seluruh warga SMK ulu kinta

Followers

Video ajijoi

Loading...