Tuesday, August 10, 2010

Adab menyambut Ramadhan


Insya Allah kita akan memasuki bulan suci Ramadan mulai esok hari.

Dalam menyambut bulan suci ini, dalam upaya meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita, ada baiknya diamalkan adab menyambut Ramadan di bawah ini yang antara lain adalah:

  1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sehat wal afiat.

  2. Bersyukurlah dan puji Allah atas kedatangan Bulan Ramadan yang kembali diberikan kepada kita.

  3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan.

  4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan.

  5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan.

  6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan.

  7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk.

  8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs.

  9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan.

  10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih.


Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkat. Semoga amalan puasa kita di bulan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.

1 comment:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Selamat menyambut Ramadhan.

Diharapkan bulan yang mulia ini dapat mengekang nafsu yang tidak baik termasuklah NAFSU GILA KUASA POLITIK.

Diharapkan juga penyokong dan pemimpin PAS bermuhasabah diri tentang nafsu ini selepas bulan Ramadhan dan seterusnya.

Adakah Ajijoi yakin bahawa nafsu amarah politik ini dapat diperbetulkan?

Jawapannya TIDAK.

Saya rasa bulan ini juga masih terdapat rasa politik Umno dan PAS seperti blogger pro PAS. Ada yang berlagak baik termasuk Ajijoi yang siap dengan kenyataan Nik Aziz.

Kita nak tengok juga tazkirah politik di bulan Ramadhan dalam blok ustaz politik pro PAS.

Mengenai Ramadhan siap dengan kata2 hikmah mengenainya. Bagaimana pula di luar Ramadhan?

Kalau mengenai perpaduan orang Melayu Islam yang kini berpecah antara UMNO dan PAS alasan Nik Aziz ialah mengikut keputusan muktamar PAS bukannya Al-Quran dan Hadis.

Hebat juga muktamar PAS berbanding Al-Quran dan Hadis.

Alasan lain tak mahu bersatu ialah dasar UMNO 'tak Islam'.

Agaknya dasar DAP telah 'Islam' sejak berkawan dengan PAS dalam PR (tak berdaftar).

Alasan lagi satu ialah PAS kena tendang keluar BN pada tahun 1974.

Sejarah dan kebenaran pada masa lampau tak pernah menipu.

Tapi manusia politik di kalangan PAS boleh jadi begitu rupa.

Bagi PAS semuanya HALAL, bagi orang lain HARAM.

Kita juga ingin tahu apakah bulan ini berjaya mengekang nafsu gila kuasa politik ini berjaya dibendung selepas bulan Ramadhan?

Itulah mesejnya.

Sekian.

Followers