Thursday, August 26, 2010

Proton Waja bakal berwajah baru

Tentu ada yang teruja untuk melihat Proton Waja baru ini yang akan dilancarkan lepas Aidilfitri. Model Waja Lancer ini tentu akan memikat generasi muda, apatah lagi ia lebih murah rm20,000 daripada model asas Mitsubishi Lancer berkenaan.

Berikut foto spyshot lancer yang sedang diuji dengan lambang Mitsubishi ditampal atau ditutup.

16

14

okok

17

ini pula lakaran grafik model waja. pemukanya berasaskan model persona dan saga..wajalancer-theo-1-450x348

wajalancer-theo-2-450x201

sumber: Perakite

Ini adalah berita terkini daripada Bahagian Komunikasi Korporat Proton sendiri memberitahu bahawa telah ada satu MOU terbaru antara Proton dan Mitsubishi. Perjanjian tersebut bagi mengeluarkan model baru replacement Waja sekarang dengan model Mitsubishi Lancer 2.0 secara konsep "produk berlesen".

Menurut sumber, Mitsubishi akan hentikan penjualan model Lancer di Malaysia mulai 2010 memandangkan kurang sambutan sebab persaingan drp model Honda Civic dan Toyota Altis yang lebih menjadi pilihan utama pembeli.

Model Lancer ini menggunakan enjin MIVEC 2.0 dan akan ditukar logo/rebadge sebagai Proton Waja 2.0 yang baru pada awal tahun 2010 nanti dengan harga atas jalan lingkungan RM80 ribu yang begitu berbaloi memandangkan harga Lancer sekarang hampir RM120 ribu.

Blog automotif Paultan.org turut memberi ulasan lanjut berkenaan model terbaru yang bakal dikeluarkan oleh Proton ini.


sumber: www.cakap.net

Minat tu ada, teruja pun ada. Tapi, sayang duitnya enggak ada....

1 comment:

king said...

Kenapa harga nya RM80k....???

Mmg lah harga tu murah jika di bandingkan dgn harga Mitsubishi....tetapi keta jepun tu mahal hanya di Malaysia jer disebabkan cukai nye giler babi.

Patut proton kena mula bersaing harga dgn keta luar secara sihat bukan nya dgn berselindung di sebalik akta dan peraturan cukai import.

Kalau mcm ni sampai bila pun proton takkan boleh berdikari dan bersaing secara sihat dgn pengeluar keta luar negara.

Last2 hanya mampu berkokok dlm reban sendiri ler nampak nya.Juga rakyat malaysial akan terus membayar lebih utk barangan yg tak sepadan berbanding dgn rakyat negara luar.

Followers