Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menarik balik dengan segera penjualan minyak sapi QBB yang dijual di Malaysia. Presidennya, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, ini berikutan penarikan balik status halal minyak sapi yang telah ditarik balik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdasarkan bahawa ia mengandungi elemen yang meragukan. Katanya, CAP telah berhubung dengan Jakim berhubung kesahihan status halal minyak sapi sejak Julai tahun ini. “Dalam jawapannya kepada CAP yang bertarikh 20 Ogos 2010, pihak Jakim telah memaklumkan kepada CAP bahawa mereka sedang menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga mereka yakin dengan status halal produk itu,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, petang ini. Menurutnya lagi, Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan, dan oleh sebab itu tidak boleh dimakan oleh umat Islam dan mereka yang mengamalkan memakan sayuran sahaja. Sehubungan itu, ujarnya CAP menggesa rakyat Malaysia supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim. “Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mestilah dengan segera mengambil tindakan untuk menarik balik sepenuhnya produk itu dari pasaran kerana ia sesuatu yang serius dan memerlukan tindakan segera,” tegasnya. |
Tuesday, August 24, 2010
Halalkah moreh anda tahun ini?
Jangan terkejut dengan tajuk diatas. Bukanlah saya hendak mengharamkan sesuatu yang halal.
Jangan rosakkan madrasah Ramadhan ini dengan mencampur-adukkan antara yang halal dan juga yang haram.
Cuma ingin berkongsi muhasabah diri mengenai sijil halal minyak sapi Q.B.B. yang telah ditarik balik oleh Jakim kerana mengandungi bahan yang meragukan.
Boleh dikatakan banyak menu-menu moreh baik dimasjid mahupun disurau yang menggunakan minyak sapi QBB ini sebagai bahan masakan sepanjang Ramadhan tahun ini.
Minyak sapi berjenama QBB ini telah digunakan sekian lama oleh orang-orang Melayu didalam masakan mereka terutamanya didalam majlis-majlis besar seperti majlis perkahwinan dan kenduri-kendara.
Dengan keluarnya kenyataan daripada CAP (Consumers Association of Penang) mengenai status halal produk ini, diharap agar kita semua terutamanya para caterer agar berhenti daripada menggunakan produk ini didalam masakan.
Sabda Rasulullah SAW: "Demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya 40 hari". (riwayat Tabrani)
Semoga pihak Jakim dapat memainkan peranan mereka dengan lebih aktif dalam memaklumkan kepada masyarakat Islam mengenai produk-produk yang telah disahkan status halal ataupun haramnya tanpa berpegang kukuh dengan protokol perniagaan kerana Jakim bertanggungjawab penuh dalam meyakinkan umat Islam negara ini dalam pemakanan halalan toyibban mereka.
CAP gesa henti segera jual minyak sapi QBB
Sesuatu yang halal apabila bercampur dengan yang haram, hukumnya adalah HARAM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
itu buka minyak sapi QBB...tapi minyak sapi QBABI..
kah kah kah kah kah kah ..
itu buka minyak sapi QBB...tapi minyak sapi QBABI..
kah kah kah kah kah kah ..
Post a Comment