Taujihat diteruskan dengan pengisian daripada Tuan Guru Haji Hadi Awang. Dalam ucapan beliau, beliau telah menyentuh beberapa ayat Al-Quran yang Allah memberi jaminan orang beriman akan dapat memerintah seperti mana umat-umat yang terdahulu. TGHH juga mengingatkan umat Islam terutama oarang melayu dimana pada bulan Ramadhan ini, semua orang berlumba-lumba mengerjakan ibadah Ramadhan. Tapi amat sedikit yang melupai tanggungjawab untuk mengIslamkan negara dengan maksud lain menegakkan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran. Dimana hukum tersebut hanya dapat dilaksanakan apabila pemerintahan Islam dapat ditegakkan seperti kerja para Rasul-rasul terdahulu. Perkara ini adalah berkaitan dengan peristiwa Badar Kubra dimana wujudnya golongan jahiliah yang tidak meredhai Islam memerintah secara adil di Bumi Madinah.
TGHH juga sekali lagi menyentuh mengenai Tahalufsiasi bersama golongan bukan Islam. Dimana Tahaluf telah dibenarkan oleh Islam tetapi wala' adalah diharamkan seperti firman Allah yang bermaksud jangan kamu jadikan orang kafir sebagai wali-wali kamu. Walaubagaimanapun tonggak kepada kekuatan Islam adalah umat Islam sendiri. Oleh itu para pimpinan setiap peringkat mestilah berusaha menawan hati orang Islam dan jagan terleka dengan hanya mendapat sokongan bukan Islam sahaja. Ini adalah kerana undi orang melayu adalah 60% dari keseluruhan pengundi, maka PAS perlu mendominasi undi tesebut. Islam tidak melarang kita mengasihi serta mencinta bangsa sendiri kerana Rasulullah juga mencintai bangsanya, tetapi tidak meletakkan agenda bangsa sebagai aqidah perjuangan. Maka dengan itu Islam tidak terhalang untuk di anuti oleh semua bangsa ketika zaman Rasulullah SAW.
Dalam sesi soal jawab TGHH di tanya beberapa soalan, antaranya ialah isu mendoakan orang bukan Islam kepada kebaikan. Dalam jawapannya, TGHH menegaskan bahawa Islam tidak melarang orang Islam untuk mendoakan supaya orang bukan Islam diberi hidayah memeluk Islam. Perkara ini dikukuhkan dengan Rasulullah SAW pernah mendoakan agar diantara dua Umar memeluk Islam. Namun diingatkan agar setiap tindakan kita itu bertepatan dengan suasana semasa serta jagan merugikan Jamaah dengan erti kata lain mengikut keadaan yang sesuai. Selepas Taujihat semua tetamu dan TG Presiden bersama-sama berbuka puasa serta solat Magrib berjamaah yang diimamkan oleh TGHH sendiri. Solat sunat tarawih turut dijalankan pada malam tersebut.
Solat Magrib berjamaah yang diimamkan oleh TGHH sendiri.
AF TG Ust.Kamarudin Awang Basir (kanan sekali, jubah putih)
AF TG Ust.Kamarudin Awang Basir (kanan sekali, jubah putih)
No comments:
Post a Comment