Saturday, August 28, 2010

Perutusan Khas sempena Badar Kubro

Saudaraku,

Badar al Kubro bukan kisah semata, sekadar diperagakan mengikut musim-musim untuk mempamerkan bahawa kalian sudah cukup kuat menghayati agama namun itulah kisah yang perlu ditelusuri sejarahnya Badar Al Kubro sebenarnya mengkisahkan segala-galanya. Disana ada kisah keimanan yang nyata, keperkasaan, keberanian, kepahlawanan, keikhlasan dan erti sebenar setiakawan persaudaraan.

Dan yang terlebih penting dari itu semua,

Disana ada kisah ketaatan mutlak kepada Allah dan Rasul Suruhan maka berbondong-bondonglah turun dari langit tentera yang tidak kelihatan sehingga tertewaslah penuh aib golongan yang menentang hukum Allah SWT yang menafikan keagungan Tuhan. Lantas kelompok kecil yang serba kekurangan itu mencatatkan sejarah yang akan terus dirakam sehingga akhir zaman bahawa kemenangan hakiki bukan kerana aparat dan persenjataan sebaliknya kerana keyakinan dan keimanan.

Saudaraku,

Hanya Islam sahajalah yang menjamin kesejahteraan,kebebasan,kebenaran dan keadilan. Semoga berbahagialah kamu Sayiddina Hamzah dan sekian para syuhada' Badar bersiar riang di syurga Allah SWT menghirup segala kelazatan dan kenikmatan didalamnya kekal abadi sebagaimana yang telah dijanji Rasul Pilihan dan Pencipta Yang Maha Suci.


Ustaz Abu Bakar Hussain

( PESURUHJAYA PAS PERAK )

No comments:

Followers