Friday, August 27, 2010

Badar Al-Qubra PAS Perak 1431H


Program Badar Al-Qubra PAS Perak akan diadakan pada hari Sabtu, 28 Ogos 2010 bersamaan dengan 18 Ramadhan 1431H di Pondok Pengajian Darul Mubarak, Kg. Selboh, Parit, Perak {peta lokasi disertakan dibawah}.

Program ini akan disertai serta diserikan lagi dengan kehadiran dan juga ceramah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS bersama Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussain, Pesuruhjaya PAS Perak serta Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Imbasan program Badar Al-Qubra PAS Perak pada tahun lalu di Kg. Manjoi, Ipoh boleh dilayari DISINI dan DISINI.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi memperingati sejarah Perang Badar dibulan Ramadhan yang mulia ini.

Tentatif program adalah seperti berikut:-

4.00 petang – 5.00 petang – pendaftaran peserta

5.00 petang – Kuliah Ramadan Oleh Ketua Dewan Ulama negeri Perak

6.00 petang _ Kuliah Ramadan Oleh Dato Seri Presiden PAS

7.00 petang - Tahlil, berbuka puasa, solah maghrib

8.45 malam - Solat Isya & Terawikh

9.45 malam - Ceramah Badr Al – Qubra

YB Dato` Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Ustaz Haji Abu Bakar Hussain

YB Dato` Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin


Peta Lokasi Program

Jom beramai-ramai ke Parit bagi memperingati peristiwa Badar Al-Qubra.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...