Sunday, August 8, 2010

Sidang Dun Perak: Zambry tidak matang

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) terkejut dengan sikap tidak matang Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 3 Ogos yang lalu yang bersikap tidak profesional dan tiada wibawa dengan tingkah laku seperti masih menjadi pembangkang dahulu.

Dengan mengganggu perbahasan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dengan mengatakan ‘saya anak jantan’ sepertimana dinyatakan di dalam penyata rasmi DUN Perak jelas bahawa Datuk Seri Zambry terbawa-bawa sikap dan kelakuan sebenarnya. Tidak sepertimana contoh yang telah ditunjukkan oleh Datuk Seri Nizar yang berhemah semasa membahaskan Rang Undang-Undang Usul Perbekalan Tambahan tempohari.

Peruntukan masa yang terlalu singkat bagi membincangkan satu perkara yang besar langsung tidak membuktikan bahawa Datuk Seri Zambry benar-benar berani dan 'anak jantan'. Pentas sidang DUN adalah tempat terbaik untuk berbahas secara ilmiah dan semua penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) boleh kemukakan persoalan dan menjawab sebarang pertuduhan jika ianya tidak benar.

Tetapi apa yang dapat di lihat, semua ADUN BN sedikit pun tidak membantu Datuk Seri Zambry yang menyebabkannya terpaksa bertahan bersendirian. Ucapan Datuk Seri Zambry yang mengatakan ‘saya anak jantan’ langsung tidak menggambarkan hakikat sebenar pentadbiran yang beliau menjadi nahkodanya. Datuk Seri Zambry hanya boleh berdepan dengan media arus perdana yang menyokongnya semata-mata tanpa berani berdepan dengan semua pihak termasuk rakyat negeri ini sendiri.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.




2 comments:

Panglima7 said...

Salam tuan,
mohon linkkkan blog hamba dengan blog tuan. Terima kasih.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Kenyataan Salman lagi tak matang.

Bagi PAS, semua orang di luar ketiak PAS akan dikatakan tak matang.

Puak PAS ini kalau diberi penjelasan yang benar sekalipun oleh orang yang bukan sekufu dengannya TETAP DENGAN JIWA KERAS KEPALA dan tak mendengar kata.

Oleh kerana masih tak puashati, ceramah digunakan sebagai pentas menegak benang yang telah basah.

Tak cukup lagi kesemua orang dan organisasi kerajaan yang diterajui BN seperti SPRM, FELDA dan lain2 akan diserang habis2an di dalam blog dan ceramah walaupun penjelasan telah dibuat di Parlimen dan DUN di negeri berkenaan.

Kenyataan Salman, orang nombor 2 DPPNPk tidak langsung menyentuh berkaitan dengan usul peruntukan tambahan RM80 juta yang dibentang oleh kerajaan negeri Perak yang kononnya wang ini akan menambahkan defisit.

Di sinilah letak kelemahan kerajaan PR dalam mengurus negeri dari pelbagai segi termasuk kewangan.

Lago satu contoh ialah Perak dalam takhta liga Malaysia yang hampir tercorot di bawah pemimpin PAS dan PR (tak berdaftar).

Lepas itu Presidennya letak jawatan tanpa sebab dan terus diam setelah dapat tempat tercorot.

Dahulu hebat sangat berkenaan isu kewangan Persatuan Bolasepak Perak siap dengan derma RM1 dalam blog pro PAS yang sebelum itu diterajui oleh MB BN.

Selesaikah masalah kewangan PFA itu?

Kita tahu perangai NAFSU GILA KUASA POLITIK PAS ini.

Kalau masalah kewangan PFA selesai di bawah Presiden Nizar, hal ini akan diwar2kan di khalayak umum.

TAPI SEKARANG BAGAIMANA? Diam pula selepas tinggalkan PFA.

Maknanya masalah kewangan PFA TIDAK SELESAI DI BAWAH NAUNGAN PRESIDEN NIZAR.

Cuba bandingkan ketika pasukan Perak di bawah Raja Ahmad Zainuddin dan jurulatih M Karathu dan lain2 jurulatih.

HEBAT. Menang Piala Malaysia dan FA.

PAS memang hebat berceramah, mengutuk, mencaci, berbohong dan berdemonstrasi di jalanan tapi tak hebat mengurus dan memerintah.

Siap yang anak jantan sebenarnya.

Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

Kalau takut jadi anak jantan, jadilah kerajaan PR (tak berdaftar)yang lemah longlai.

Kalau tak takut jadi anak jantan, jangan hanya pandai berdebat dan berceramah.

Kalau takut jadi anak jantan, jadilah masuk ahli PAS.

Kalau tak takut jadi anak jantan, masuklah ahli UMNO.

Sekian.

Followers