Wednesday, August 18, 2010

Takziah dari PAS Perak atas pemergian isteri kepada Pesuruhjaya PAS Perak kerahmatullah

PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain ( Pesuruhjaya PAS Perak ) diatas pemergian isteri beliau kerahmatullah sebentar tadi.


Sesungguhnya bagi PAS Perak pemergian Allahyarhamah adalah satu kehilangan besar buat PAS . Beliau merupakan individu yang telah mewakafkan dirinya untuk membantu Pesuruhjaya PAS Perak dalam menegakkan perjuangan Islam semenjak dari awal perkahwinan.


PAS Perak melihat, walaupun pemergian Allahyarhamah menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi Pesuruhjaya dan PAS Perak, tetapi Allahyarhamah telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT.


Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin.


Salam Takziah

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin
( TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PERAK )

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...