Sunday, August 15, 2010

Tahniah! Anak qariah Surau Al-Ehsan ke Universiti Al-Azhar

14 Ogos: Surau Al-Ehsan merasa amat berbangga apabila salah seorang daripada anak qariah yang telah berjaya terpilih untuk melanjutkan pelajarannya ke sebuah universiti Islam yang tersohor iaitu Universiti Al-Azhar, Mesir.

Subjek Usuluddin menjadi pilihannya untuk menimba ilmu di universiti ulung itu selama 4 tahun. Itulah cita-citanya selama ini.

Tradisi keluarganya diteruskan lagi dengan menjejaki kakak sulungnya yang sedang menuntut di Prague, Republic Czech dalam bidang perubatan, abangnya di Universiti Antarabangsa Islam dalam bidang Sains Politik dan kini adiknya yang sedang belajar di salah sebuah sekolah tahfiz di Selangor.

Beliau yang dimaksudkan adalah Syed Salahuddin Bin Syed Ayob.

Pihak surau melalui Ustaz Che Leh (gambar atas, kanan) telah berbesar hati menyampaikan sedikit cenderahati kepada Syed Salahuddin selepas selesai solat Hajat dan Terawih.

Beliau akan berangkat ke Mesir pada hari Selasa, 17 Ogos jam 3.00 pagi nanti.

Semoga pemergian beliau kesana nanti diberkati dengan ilmu yang bakal memberikan manfaat kepada diri beliau sendiri, keluarga, ahli qariah surau serta umat Islam seluruhnya.

Amin.

Ayah yang berbangga dengan kejayaan anaknya, Tuan Syed Ayob (kiri)
dan juga Syed Salahuddin yang juga merupakan seorang qari

Tahniah daripada saya sekeluarga. Apatah lagi keluarga Tuan Syed Ayob bukan sahaja jiran saya malah banyak membantu dan berjasa kepada pengajian Al-Quran anak saya.

Semoga kejayaan anak-anak beliau menjadi pemangkin dan perangsang kepada kami sekeluarga untuk terus menimba ilmu, berjaya serta memanfaatkannya kepada umat Islam sekalian.

No comments:

Followers