Sungguhpun rutin seharian DS Nizar yang amat ketat dan penuh untuk berkempen bagi kerusi P059 Bukit Gantang, tentu ada sesuatu yang bisa membuatkan letih tidak terasa dan masa berlalu begitu pantas.
Kini, dengan hadirnya cucu pertama semasa hangat berkempen, sekeping gambar cukup meredakan segala masalah dan kerumitan memenuhi jadual harian.
Nuur Insyiraah Binti Hazimin nama diberi. Maksudnya cahaya kegembiraan. Peneman kempen DS Nizar setiap hari. Semoga kegembiraan sentiasa mengiringi.
Biarpun baru menatap hanya sekali, namun wajah comel senang melekat disanubari.
Semoga kemenangan datuk sebagai hadiah buat sang puteri.
Gambar eksklusif buat tatapan pengunjung blog ini.
1 comment:
salam Ajijoi
ternanti paparan foto cucu DS Nizar & DS fatimah.. akhirnya dapt juga.. pinjam erkkk.. nak tampal di blog...
Post a Comment