Monday, April 5, 2010

Seminar Fiqh Al Awlawiyyat - Menangani isu semasa umat Islam

Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dengan kerjasama Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Perak (PUM Perak) akan mengajurkan satu majlis seminar yang akan mengupas tentang bagaimana menangani isu-isu semasa ummat Islam yang berlandaskan Fiqh Al-Awlawiyyat.

Ucaptama akan disampaikan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Empat Kertas Kerja akan turut dibentangkan oleh beberapa
pakar tempatan yang tidak asing lagi iaitu :

  • Kertas Kerja 1 :
    Fiqh Al Awlawiyyat, Konsep serta Aplikasi Masakini
  • Oleh YBhg. Dr Fahmi bin Abd Kair
    (Kolej Komuniti Gerik)

  • Kertas Kerja 2 :
    Ekonomi Umat Islam : Keutamaan Terlampau dan Kejahilan Aplikasi Syariat.
  • Oleh YBhg.Dr Wan Abd Rahman bin Wan Abd Latif
    (Bekas Pensyarah Sain Politik UKM)

  • Kertas Kerja 3 :
    Perlaksanaan Syari’ah ; Dimanakah Keutamaannya?
  • Oleh YBhg. Prof Dr Abdul Aziz Bari
    ( Profesor Fakulti Undang-Undang UIA)

  • Kertas Kerja 4 :
    Keutamaan Wanita ; Antara persepsi dan realiti Syari’at
  • Oleh : YBhg. Dr Hajjah Harlina Haliza Siraj
    (Pakar Perunding Q&A Pusat Perubatan UKM, Naib Presiden JIM Pusat.
    Seminar tersebut dibuka kepada orang ramai dan akan diadakan seperti maklumat berikut :

    Tarikh
    10 April 2010 / 25 Rabiul Akhir 1431H

    Tempat
    Auditorium Intim
    Masjid Sultan Azlan Shah
    Ipoh, Perak Darul Ridzuan

    Yuran Penyertaan
    RM10.00 termasuk beg seminar,
    kertas-kertas kerja dan makan tengah hari

    Sila Hubungi
    Tn Hj Jamaluddin – 019-5552185
    En. Mohamed Zulfadhli – 019-3309836
  • No comments:

    Followers

    Video ajijoi

    Loading...