IPOH 16 APRIL: Bantahan terhadap kerjasama di antara kerajaan Malaysia pimpinan Najib Razak dengan APCO WORLDWIDE (Pro Zionis Israel) berkumandang nyaring di perkarangan Masjid Sultan Idris Shah II ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Negeri di Ipoh sesudah solat Jumaat hari ini.Kira-kira 100 orang telah berhimpun di situ bagi menyatakan bantahan mereka. Himpunan yang diketuai oleh Pemuda Pas Perak telah mendapat sokongan daripada beberapa NGO dalam menuntut agar perkhidmatan APCO dihentikan dengan segera.
Ustaz Akmal yang mewakili Pemuda Pas Perak memberikanucapan. Pemuda PAS Perak menuntut kerajaan memulangkan
kepada rakyat, wang RM77 juta yang diberikan kepada Apco
Worldwide sebagai bayaran khidmat rundingannya


Ustaz Nor Azli kesal kerana kerajaan Malaysia tidak mengiktirafIsrael tetapi bersekongkol dengan rejim yang kejam itu
Ustaz Nor Azli Musa dengan ucapannya yang menaikkansemangat untuk mempertahankan Islam dan membantah
kehadiran Israel di dalam pentadbiran negara
Telur tembelang (telur busuk) sebagai simbolik kemarahanrakyat terhadap APCO dilontarkan ke arah papan tanda

Ustaz Akmal disoal oleh para wartawan yang hadirVideo ehsan daripada Batu Gajah Mari Blog
Lagi laporan mengenai himpunan bantahan ini :-
Malaysiakini, Dewan Pemuda Pas Perak, Al-Husseyn, Batu Gajah Mari
Malaysiakini, Dewan Pemuda Pas Perak, Al-Husseyn, Batu Gajah Mari



















1 comment:
Bantah APCO sama nilainya bantah peperangan Israel ke atas umat islam..mohon link, sahabat
Post a Comment