Sunday, April 18, 2010

Bahaya kawat berduri menanti di hari penamaan calon pilihanraya

Kawat berduri yang diregangkan semasa penamaan calon Hulu Selangor

Bermula dengan pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang, kawat berduri menjadi pengganti kepada tali oleh pihak polis untuk mengawal dan menghalang orang ramai daripada memasuki kawasan yang diwartakan sebagai larangan semasa hari penamaan calon.

Saya sendiri mempunyai pengalaman 'ngeri' apabila berhadapan dengan kawat berduri yang dijadikan penghalang oleh polis, dalam keadaan orang yang terlalu ramai, asak mengasak tidak dapat dielakkan dan bahaya kawat berduri ini bagaikan ternganga menanti mangsa.

Setakat ini tiada kejadian yang tidak diingini berlaku akibat daripada penggunaan kawat berduri yang dilaporkan oleh pihak polis. Tetapi itu semuanya kini telah berubah di hari penamaan calon prk Hulu Selangor semalam.

Samy Vellu dan Ganesan (gambar kiri) dikatakan cedera apabila orang ramai (BN) yang berasak telah menyebabkan kedua mereka terjatuh di atas kawat berduri polis itu. Seorang anggota polis juga terlibat sama dan tercedera.

Saya sarankan agar pihak polis mengkaji semula penggunaan kawat berduri yang amat berbahaya ini di hari penamaan calon mana-mana pilihanraya. Orang ramai yang datang untuk menyatakan sokongan kepada parti yang bertanding bukanlah penjenayah tetapi hanyalah rakyat biasa yang membayar cukai kepada perkhidmatan yang diberikan oleh pihak polis.

Diharapkan juga agar kajian penggunaan kawat berduri itu semata-mata atas dasar keselamatan terhadap orang ramai dan bukannya kerana pimpinan BN yang telah cedera disebabkan olehnya (jerat makan tuan?).

Gambar-gambar penggunaan kawat berduri semasa hari penamaan calon Parlimen Bukit Gantang




No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...