Sunday, April 18, 2010

Ceramah Umno di Hulu Selangor dihadapan hampir 50 orang


Lawak yang disampaikan oleh perasuah yang dihalang daripada bertanding jawatan tertinggi parti Umno tetapi masih disimpan sebagai Ketua Menteri Melaka


Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Sekumpulan tiga lelaki yang enggan memperkenalkan diri mereka meminta Malaysiakini supaya menghentikan rakaman ketika ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman sedang menyampaikan ucapan sebelum itu.

"Saya minta untuk berhenti rakam. Datuk tak mahu rakam," kata seorang lelaki yang cuba kelihatan seperti seorang yang penting.

Krew Malaysiakini bagaimanapun bertegas untuk terus berada di lokasi tersebut, yang terletak kira-kira 70 kilometer daripada Kuala Kubu Bharu.

Malaysiakini diusir

Setelah terus didesak beberapa kali oleh kumpulan lelaki berkenaan dalam perbincangan yang berlarutan sehingga kira-kira 15 minit, Malaysiakini terpaksa menghentikan rakaman bagi mengelakkan sebarng kejadian yang tidak diingini.

Walaupun rakaman video telah dihentikan, namun kehadiran Malaysiakini terus tidak disenangi oleh pemimpin BN.

Seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai pengerusi jawatankuasa kemajuan kawasan rancangan berkenaan turut mahu wartawan Malaysiakini meninggalkan kawasan tersebut.

Hadir bersama di program berkenaan ialah menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan juga pengerusi Felcra Datuk Ramli Bohani.

-Malaysiakini

No comments:

Followers