Saturday, April 17, 2010

Himpunan bantah Apco: Laporan songsang akhbar perdana

Pagi ini agak terkejut apabila mendapati laporan mengenai perhimpunan bantahan terhadap APCO (Pro-Zionis) yang diadakan di Masjid Negeri, Ipoh semalam telah disongsangkan oleh akhbar-akhbar perdana.

Tujuan utama perhimpunan itu untuk menyatakan bantahan terhadap kerjasama di antara kerajaan Malaysia dengan Apco daripada Israel agar kedaulatan negara tidak dibolosi oleh rejim Zionis dan juga memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel, tetapi telah diburuk-burukkan oleh akhbar perdana demi menjaga nama Umno yang mengupah Apco untuk menaikkan nama Najib Razak.

Masjid dicemari telah dipilih sebagai tajuk utama Berita Harian manakala Perhimpunan bantah Apco cemari masjid pula menghiasi ruang Utusan Malaysia.

Sunguhpun Apco yang dibantah tetapi Umno pula yang terasa bahangnya. Oleh yang demikian, telur busuk dijadikan modal untuk menghentam perhimpunan itu.

Lebih menarik lagi apabila Mufti Perak, HARUSsani turut mengharamkan perhimpunan tersebut. Haram kerana membaling telur busuk ataupun mengutuk Umno kerana mengupah Apco? Soalan itu biarlah tok mufti menjawabnya kepada ribuan para syuhada yang dibunuh secara kejam oleh rejim Zionis Israel, negara dari mana datangnya Apco.


Ikuti apa kata mufti mengenai perhimpunan ini:-

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakari yang diminta mengulas kejadian itu, berkata perbuatan membaling telur busuk di kawasan masjid, haram hukumnya kerana ia mencemari kesucian rumah Allah. "Perbuatan ini (baling telur busuk dalam kawasan masjid) sangat biadap... itu bukan ajaran Islam, buatlah kerja yang senonoh sikit," katanya ketika dihubungi. Harussani berkata, tindakan penganjur perhimpunan membawa telur busuk jelas memperlihatkan mereka sudah ada niat jahat apabila datang ke masjid berkenaan. "Ingatlah Allah menyuruh manusia berbuat baik dan sentiasa memaafkan," katanya.

Jika perbuatan membaling telur busuk ke atas lambang rejim Zionis Laknatullah itu dihukum HARAM oleh tok mufti, bagaimana pula perbuatan menggunakan wang rakyat sejumlah RM77 juta untuk mengupah syarikat perunding daripada negara Israel itu semata-mata hanya untuk menjadi penasihat kepada SEORANG perdana menteri yang mengaku sebagai Islam? Adakah mengupah musuh umat Islam sedunia dikira sebagai ajaran Islam?

Sementara itu, Exco Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, turut menyelar tindakan peserta perhimpunan itu.

"Perbuatan mereka ini terlalu biadap. Ini bukan budaya Islam atau budaya Melayu," katanya ketika dihubungi.

Beliau yang memegang portfolio Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, berkata tindakan pembangkang itu dilihat satu cubaan mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang mereka hadapi.

"Pembangkang mahu tutup kelemahan mereka sebab itu buat seperti itu. Apa yang mereka katakan mengenai Apco itu satu tuduhan dan cuba menghasut rakyat supaya mempercayai sesuatu dakwaan yang belum dibuktikan," katanya.


Kelemahan apa yang dimaksudkan oleh Hamidah ini? Apco tuduhan dan belum dibuktikan? Kemana 'menghilangnya' Hamidah selama ini? Tidak ikuti sesi sidang parlimen mengenai Apco ke? Baca DISINI dan tonton DISINI. Mengapa suka memberikan komen tanpa berfikir terlebih dahulu? Janganlah 'gabra' tak tentu pasal.

*Gambar-gambar di atas daripada Berita Harian

No comments:

Followers