Monday, April 19, 2010

PKR tidak terkejut Dr Halili Rahmat keluar parti

Kami telah jangkakan beliau keluar parti, sebab itu kami tidak memilihnya sebagai calon".

Ia adalah reaksi spontan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat (gambar) mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

"Kami telah menjalankan kaji selidik mengenai latar belakang dan kami dapati beliau bukan seorang calon yang baik. Kenapa bukan calon yang baik? ..saya tidak bercadang mendedahkannya. Sebab itu kenapa kami tidak memilihnya," kata ketua penerangan PKR, Latheefa Koya.

Latheefa berkata, mereka sudah mendengar khabar angin bahawa pakar bedah itu mahu keluar daripada parti itu apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim diumumkan sebagai calon parti bagi pilihan raya kecil ini Selasa lalu.

"Kami tidak terkejut. Jadi kami telah membuat keputusan yang tepat untuk tidak memilih beliau," katanya di Kuala Kubu Baru di sini hari ini.

Dr Halili, anak jati Hulu Yam di sini dan pernah menjadi doktor peribadi kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tetapi sebaliknya kepimpinan parti itu memilih Zaid.

Keputusan Dr Halili itu adalah perkembangan terbaru dalam rentetan tindakan pemimpin bahagian dan wakil rakyat PKR untuk keluar parti itu tahun ini.

Bagaimanapun, Latheefa berkata, tindakan keluar parti itu tidak memberi sebarang kesan kepada PKR dalam menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor. - Bernama
PR Ucap Selamat Jalan Pada Dr Halili
Oleh Qayum Rahman

Pakatan Rakyat (PR) mengucapkan selamat jalan pada Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat berikutan tindakan beliau keluar parti dan menyertai Umno hari ini.

Ketua Pengarah Strategi PKR Tian Chua berkata, Dr Halili tidak mampu berdepan dengan politik semasa dan lebih cenderung ke arah bidang perubatan yang mempunyai keistimewaan kepada diri beliau.

"Saya mewakil dari PR mengucapkan selamat jalan pada Dr Halili kerana beliau dilihat tidak mampu lagi memainkan peranan dalam politik.

" Beliau hanya bersandiwara selama ini dalam PR untuk mendapat sebarang gelaran dalam parti tanpa memikirkan perjuangan parti sepenuhnya," kata Tian Chua.

Menurutnya lagi, Halili memang tidak layak untuk berada dalam dunia politik kerana beliau telah gagal memberi sebarang komitmen terbaik pada parti selama ini dan mempunyai agenda tertentu menyertai PKR.

Tambahan beliau, bekas-bekas pemimpin PKR yang keluar dari parti PR adalah disebabkan kerana mereka gagal mendapat jawatan yang diharapkan.

Sementara, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff pula berkata, tindakan Dr Halili keluar dari parti amatlah tidak wajar dan tidak mempunyai pendirian tetap sehinggakan beliau tidak mengetahui apakah perjuang beliau yang diwar-warkan selama ini.

"Beliau tidak mempunyai arah tuju dan gilakan pangkat semata-mata untuk kepentingan diri tanpa memikirkan parti.

"Saya mempertikaikan tindakan Dr Halili keluar secara melulu tanpa berbincang bersama parti apakah permasalah yang berlaku dan beliau dilihat sememangnya mempunyai agenda tersirat bersama pihak tertentu," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Dr Halili berkata, "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."

Katanya, beliau tidak mahu namanya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperti di zaman Deklarasi Permatang Pauh.

Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpin yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu dan rakyat Malaysia.

"PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri," katanya lagi.

Dr Halili juga mendakwa tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor ini.

"Saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calonMT

No comments:

Followers